TERKINI - Pengetahuan & Pendidikan

Saturday, June 4, 2011

Makluman Jadual Peperiksaan Pengajian Islam Fasa 2 2010/2011


Assalamualaikum wbt.

Makluman kepada seluruh mahasiswa Pengajian Islam Bahasa Arab dan Usuluddin, berikut adalah Jadual Peperiksaan Fasa 2 tahun 2010/2011 yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti Al-Azhar Cawangan Zagazig. Diharapkan kepada yang berkenaan untuk mengambil perhatian terhadap jadual peperiksaan lisan dan bertulis seperti yang tertera di bawah.

Untuk makluman juga, peperiksaan lisan bagi kuliah Usuluddin telah bermula sejak 28 Mei 2011 dan akan berakhir pada 9 Jun 2011. Manakala bagi kuliah Bahasa Arab akan bermula pada 11 Jun 2011 hingga 16 Jun 2011.

Saturday, March 26, 2011

Pengajian Tafaqquh Fiddin akan Bermula



Assalamualaikum…

Firman Allah SWT dalam Surah Yunus ( ayat 122 ): “ Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu semuanya ( ke medan perang ). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya .“

Saturday, November 20, 2010

Makluman Urusan Perkuliahan Bagi Mahasiswa Pengajian Islam


Makluman kepada seluruh mahasiswa pengajian Islam sesi 2010/2011 bahawa sebarang urusan berkaitan perkuliahan adalah seperti berikut:
1.       1) Yuran – LE 92.25
2.       2) Pembayaran tasdik untuk perbaharui visa – LE 35
3.       3) Pembayaran kasyfu natijah – LE 35
4.       4) Kehadiran ke muhadarah bersama doktor bagi mahsiswa Kuliah Bahasa Arab adalah WAJIB.

Mahasiswa-mahasiswa pengajian Islam yang berkaitan bagi urusan pertukaran kuliah boleh menyemak nama masing-masing di Maktab Tansiq, Kaherah.

Sila hubungi Saudara Mohd Zainullah Mohd Pauzi (0193129590) untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, November 11, 2010

23 Petua-Petua Kejayaan Dunia Akhirat, Yang Menjadi Satu Kewajipan

jalan-menuju-kemuliaan-akhlak.jpg1. Mewiridkan (membaca) al-Quran setiap hari dan bersungguh-sungguh melakukannya.

2. Membaca al-Quran dengan baik (sebutan dan tajwid), sanggup pula mendengar dan merenungi maksud pengertiannya.
Sentiasa menjaga kesihatan dengan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.

3. Mengambil berat tentang kebersihan dalam semua perkara.
 

4. Bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.

5. Menunaikan dengan tepat segala kata-kata dan janji dan jangan sekali-kali anda memungkirinya walaupun dalam keadaan paling sulit sekalipun.

6. Bersifat berani dan tahan memikul bebanan (tanggungjawab).

7. Bersikap serius dengan cara bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.

8. Bersifat pemalu, halus perasaan dan mudah terasa (peka) kepada sesuatu yang baik ataupun yang buruk.

9. Berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum dalam segala perkara dan jangan anda melupakan kebaikan orang lain kerana marah dan janganlah kerana sayang.

10. Bersifat belas-kasihan, pemurah dan bertolak-ansur.

11. Boleh membaca dan menulis dengan baik dan sentiasa banyak mengulang-kaji subjek-subjek yang berkaitan. Seboleh-bolehnya hendaklah memiliki (perpustakaan) sendiri walaupun kecil.

12. Berhati-hati supaya dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh amanah tentang kelicinan dan kehalusan pekerjaannya.

13. Menuntut hak-hak anda dengan cara yang baik dan menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna.

14. Menyumbangkan harta anda untuk dakwah kita.

15. Berusaha sedaya upaya menghidupkan adat-adat yang bercorak Islam sebaliknya mematikan adat-adat asing dalam semua lapangan hidup.

16. Sentiasa merasai diri berada di bawah pengawasan Allah SWT, mengingati hari akhirat dan bersedia untuknya, dan hendaklah mempertingkatkan perjalanan hidup ke peringkat yang lebih tinggi dalam mendapatkan keredaan Allah dengan keazaman yang kuat.

17. Melakukan dengan baik apabila bersuci (iaitu berwuduk dengan cara menyempurnakan segala syarat dan rukunnya) dan hendaklah anda sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk.

18. Mengerjakan sembahyang dengan cara yang betul (iaitu menyempurnakan syarat dan rukun-rukunnya) dan menunaikannya pada waktu-waktunya dengan mengutamakan sembahyang berjemaah dan sembahyang di masjid seboleh yang mungkin.

19. Sentiasa berada di dalam keadaan niat berjuang kerana Allah

20. Sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan, menjauhkan diri dari dosa-dosa besar.

21. Janganlah membazirkan masa walaupun sedikit kepada perkara-perkara yang tidak memberi faedah dan hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang syubhah dan samar-samar hukumnya.

22. Bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu anda sehingga mampu mengendalikannya. Anda mestilah menjaga penglihatan dan kuasailah keinginan naluri dengan cara mengarahkannya kepada perkara-perkara yang halal

23. Melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada fikrah perjuangan saudara terutama jika saudara disuruh berbuat demikian dengan kumpulan seperti itu.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Felo MANHAL PMRAM
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

Rujukan : Kitab Apa Ertinya Saya Memeluk Islam (Bahagian Kedua)