TERKINI - Pengetahuan & Pendidikan

Tuesday, April 3, 2007

Pencerahan Berkenaan Hukum Wanita (HAID) Memasuki Masjid

Pendapat Para Ilmuan Dalam Persoalan Ini.


Jika dikaji kitab fiqh dari keempat-empat mazhab, akan ditemui bahawa kebanyakan mereka (jumhur) berpandangan bahawa wanita yang didatangi haid tidak boleh memasuki masjid dan mendiaminya. Dalilnya adalah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:


لاَ أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلاَ جُنُبٍ.

Aku tidak menghalalkan masjid bagi (wanita yang didatangi) haid dan tidak (halal juga) bagi orang yang junub.

Hadis tersebut dikeluarkan oleh Imam Abu Daud dalam kitab Sunannya, hadis no: 220 (Kitab al-Thaharah, Bab berkenaan orang junub yang memasuki masjid). Selain itu ia juga dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 2001), perawi no: 1710 (Bab Alif: Aflat bin Khalifah), Imam Ibn Khuzaimah dalam Shahihnya (tahqiq: M. Musthafa al-‘Azhami; al-Maktab al-Islami, Beirut, 1996), hadis no: 600 (Kitab himpunan bab keutamaan masjid, Bab tegahan duduk bagi orang yang junub dan haid dalam masjid) dan Imam al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (tahqiq: M. ‘Abd al-Qadir ‘Atha; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 1999), hadis no: 4323 (Kitab al-Solat, Bab orang junub melalui masjid dan tidak berdiam di dalamnya).


Kesemuanya melalui jalan sanad yang berpangkal kepada Aflat bin Khalifah, dari Jasrah binti Dajajah, dari ‘Aisyah radhiallahu 'anha. Kedua-dua perawi di atas, Aflat bin Khalifah dan Jasrah binti Dajajah, diperselisihkan kedudukan mereka dari sudut al-Jarh wa al-Ta’dil. Sebahagian ahli hadis ada yang menilai mereka lemah dan ada yang menilai mereka lebih kuat dari sekadar lemah. Ada yang menolak hadis-hadis yang mereka sampaikan, ada yang menerimanya jika ia memiliki penguat yang lain dan ada yang menerimanya secara mutlak.


Oleh itu sekali pun pada zahirnya keempat-empat mazhab bersepakat menggunakan hadis yang mereka sampaikan berkenaan larangan bagi wanita yang didatangi haid dan orang junub dari memasuki masjid, telaah yang cermat terhadap pelbagai kitab para ahli hadis dan fiqh menemukan tiga perselisihan pendapat berkenaan darjat hadis tersebut:
Ada yang menilai hadis tersebut adalah dha‘if (lemah). Ini adalah penilaian Imam al-Bukhari, Imam Ibn Hazm, Imam Ibn al-Rif‘ati (ابن الرفعة), Imam al-Khaththabi, Imam ‘Abd al-Haq dan Imam Ibn Rusyd.


Ada yang menilai hadis tersebut adalah hasan. Ini adalah penilaian Imam Ibn al-Qaththan, Imam Abu Daud dan Imam al-Zayla’e.
Ada yang menilai hadis tersebut adalah shahih. Ini adalah penilaian Imam Ibn Khuzaimah dan Imam al-Syaukani.
Lebih lanjut rujuk:
· al-Tarikh al-Kabir oleh Imam al-Bukhari, perawi no: 1710.
· al-Muhalla bi al-Atsar oleh Imam Ibn Hazm (tahqiq: ‘Abd al-Ghaffar Sulaiman; Dar al- Kutub al-Ilmiah, Beirut, tp.thn.), jld. 1, ms. 400-401, masalah no: 262.
· Talkhish al-Habir fi Takhrij Ahadits al-Rafi’e al-Kabir oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (Maktabah Musthafa al-Baz, al-Riyadh, 1996), jld. 1, ms. 212, hadis no: 185.
· Bidayah al-Mujtahid oleh Imam Ibn Rusyd (tahqiq: ‘Adil Ahmad ‘Abd al-Maujud & ‘Ali Muhammad Ma‘awwadh; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 1996), jld. 1, ms. 541.
· al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab oleh Imam al-Nawawi (tahqiq: M. Najib Ibrahim; Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut 2001), jld. 2, ms. 129.
· Nasbu al-Rayah fi Takhrij al-Ahadits al-Dirayah oleh Imam al-Zayla’e (Dar al-Hadits, Kaherah, 1995), jld. 1, ms, 276-277.
· Shahih Ibn Khuzaimah, hadis no: 600.
· Nail al-Authar min Asrar Muntaqa al-Akhbar oleh Imam al-Syaukani (tahqiq: ‘Adil Ahmad ‘Abd al-Maujud & ‘Ali Muhammad Ma‘awwadh; Dar al-Kitab al-‘Arabi), jld. 1, ms. 344.
Perselisihan dalam menilai darjat hadis ini berterusan sehingga di kalangan para ilmuan masa kini. Di antara mereka ada yang mendha‘ifkannya dan ada yang menghasankannya. Di antara dua penilaian ini, yang manakah yang lebih tepat?
Lazimnya saya sendiri suka mengkaji lebih lanjut untuk mencari penilaian yang lebih tepat. Akan tetapi dalam bab ini ada sebuah hadis lain yang tidak diperselisihkan, sehingga dengan itu tumpuan kita tidak perlu ditujukan kepada hadis di atas yang diperselisihkan.

Kisah Seorang Hamba Wanita Yang Hitam.

Dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Solat, Bab wanita yang tidur di dalam masjid, hadis no: 439, terdapat hadis berikut daripada ‘Aisyah radhiallahu 'anha

أَنَّ وَلِيدَةً كَانَتْ سَوْدَاءَ لِحَيٍّ مِنْ الْعَرَبِ فَأَعْتَقُوهَا فَكَانَتْ مَعَهُمْ. قَالَتْ: فَخَرَجَتْ صَبِيَّةٌ لَهُمْ عَلَيْهَا وِشَاحٌ أَحْمَرُ مِنْ سُيُورٍ. قَالَتْ: فَوَضَعَتْهُ أَوْ وَقَعَ مِنْهَا فَمَرَّتْ بِهِ حُدَيَّاةٌ وَهُوَ مُلْقًى فَحَسِبَتْهُ لَحْمًا فَخَطِفَتْهُ. قَالَتْ: فَالْتَمَسُوهُ فَلَمْ يَجِدُوهُ. قَالَتْ: فَاتَّهَمُونِي بِهِ. قَالَتْ: فَطَفِقُوا يُفَتِّشُونَ حَتَّى فَتَّشُوا قُبُلَهَا. قَالَتْ: وَاللَّهِ إِنِّي لَقَائِمَةٌ مَعَهُمْ إِذْ مَرَّتْ الْحُدَيَّاةُ فَأَلْقَتْهُ. قَالَتْ: فَوَقَعَ بَيْنَهُمْ. قَالَتْ: فَقُلْتُ هَذَا الَّذِي اتَّهَمْتُمُونِي بِهِ زَعَمْتُمْ وَأَنَا مِنْهُ بَرِيئَةٌ وَهُوَ ذَا هُوَ.
قَالَتْ: فَجَاءَتْ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْلَمَتْ.
قَالَتْ عَائِشَةُ: فَكَانَ لَهَا خِبَاءٌ فِي الْمَسْجِدِ أَوْ حِفْشٌ. قَالَتْ: فَكَانَتْ تَأْتِينِي فَتَحَدَّثُ عِنْدِي. قَالَتْ: فَلاَ تَجْلِسُ عِنْدِي مَجْلِسًا إِلاَّ قَالَتْ: وَيَوْمَ الْوِشَاحِ مِنْ أَعَاجِيبِ رَبِّنَا أَلاَ إِنَّهُ مِنْ بَلْدَةِ الْكُفْرِ أَنْجَانِي.
قَالَتْ عَائِشَةُ: فَقُلْتُ لَهَا مَا شَأْنُكِ لا تَقْعُدِينَ مَعِي مَقْعَدًا إِلاَّ قُلْتِ هَذَا؟ قَالَتْ: فَحَدَّثَتْنِي بِهَذَا الْحَدِيثِ.


(Terdapat) seorang hamba wanita berkulit hitam milik satu kaum bangsa Arab yang mereka bebaskan dan dia tinggal bersama mereka. Hamba itu berkata:
Satu ketika anak perempuan mereka keluar dengan memakai selendang merah yang dibuat dari kulit dan dihiasi dengan batu permata. Dia meletakkannya, atau terjatuh, sehingga terbanglah seekor burung sedangkan selendang tersebut terletak di atas tanah. Burung itu menganggap selendang tersebut adalah seketul daging lalu ia menyambarnya.
Lalu (kemudian) mereka mencari selendang tersebut namun tidak menemuinya. Akhirnya mereka menuduh aku yang mengambilnya. Mereka mulai mencarinya sehingga memeriksa kemaluannya.

[1] Demi Allah! Sungguh aku masih berdiri di kalangan mereka sehingga tiba-tiba terbanglah burung itu dan melemparkan selendang tersebut. Selendang tersebut jatuh tepat di antara mereka. Lalu aku berkata: “Inilah selendang yang kalian tuduh aku mengambilnya padahal aku bersih dari semua tuduhan itu dan inilah selendang tersebut.”
Maka aku datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan masuk Islam.
‘Aisyah berkata: Sejak itu dia mendapat tempat tinggal berupa kemah atau bilik kecil berbumbung rendah di dalam masjid. Hamba itu biasa mendatangiku dan berbicara denganku. Dia tidak pernah duduk di hadapanku melainkan berkata:
“Dan hari selendang itu di antara keajaiban Tuhan kami, Ketahuilah! Dari negeri kafir Dia menyelamatkann aku.”
‘Aisyah berkata: Aku bertanya kepada dia, kenapa kamu tidak sekali pun duduk bersamaku kecuali mengucapkan sedemikian? Maka dia pun menceritakan kepadaku kisah di atas.
Menjadi perhatian kita adalah keterangan ‘Aisyah radhiallahu 'anha bahawa: “Sejak itu dia mendapat tempat tinggal berupa kemah atau bilik kecil berbumbung rendah di dalam masjid.” Keterangan ini menunjukkan wanita tersebut duduk lama di dalam masjid sehingga dibangunkan kemah atau bilik kecil untuknya. Di sinilah terletak petunjuk hukum yang penting kerana wanita tersebut pasti mengalami putaran haidnya dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak menghalang beliau dari terus tinggal di dalam masjid.
A’isyah radhiallahu 'anha tidak menerangkan sama ada wanita tersebut adalah seorang budak atau yang sudah lanjut umurnya, bererti beliau adalah wanita dewasa yang mengalami putaran haid seperti biasa. Tidak timbul persoalan sama ada beliau adalah seorang budak yang belum didatangi putaran haid atau seorang yang lanjut umur yang telah berhenti putaran haid.
Maka di sini kita berhadapan dengan dua hadis yang kelihatan seolah saling bercanggah. Hadis pertama menerangkan larangan bagi wanita yang didatangi haid memasuki masjid manakala hadis kedua menerangkan wanita yang didatangi haid boleh memasuki dan mendiami dalam masjid. Para ilmuan Islam telah menggariskan beberapa kaedah untuk menghilangkan percanggahan yang wujud di antara dua atau lebih hadis. Kaedah yang pertama adalah, hendaklah hadis-hadis yang bercanggah tersebut memiliki darjat kekuatan yang sama.
Di sini kita menghadapi dua keadaan:


1)Seandainya hadis yang melarang darjatnya dha‘if atau hasan, maka ia tertolak berbanding hadis sahih yang membolehkan wanita yang didatangi haid memasuki dan mendiami masjid. Maka dengan itu wanita yang didatangi haid boleh memasuki masjid dan mendiaminya tanpa sebarang halangan.


2)Seandainya hadis yang melarang darjatnya sahih, maka diperhatikan adakah salah satu darinya membatalkan yang lain. Setakat ini tidak ditemui bukti bahawa wujudnya pembatalan. Maka kaedah yang terbaik adalah menggandingkan kedua-dua hadis, antara yang melarang dan membolehkan wanita yang didatangi haid memasuki dan mendiami masjid. Pergandingan ini menunjukkan bahawa hadis larangan tidak membawa hukum haram, tetapi sekadar makruh. Oleh itu makruh bagi wanita yang didatangi haid untuk memasuki masjid dan mendiaminya kecuali jika dia memiliki sesuatu urusan di dalamnya.

Beberapa Dalil Lain Dalam Persoalan Ini.

Terdapat beberapa dalil lain yang turut dijadikan hujah dalam persoalan ini. Tiga yang paling masyhur di antaranya adalah:

Hadis Umm Salamah.
Dalam Sunan Ibn Majah, Kitab al-Thaharah wa Sunaniha, Bab berkenaan tegahan (wanita yang didatangi) haid dari masjid, hadis no: 645, diriwayatkan dari Umm Salamah radhiallahu 'anha sebuah hadis:

إِنَّ الْمَسْجِدَ لاَ يَحِلُّ لِجُنُبٍ وَلاَ لِحَائِضٍ.

Sesungguhnya masjid tidak dihalalkan bagi orang yang junub dan tidak juga bagi (wanita yang didatangi) haid.

Hadis ini juga dikeluarkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (tahqiq: Hamdi Abd Al-Majid; Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut, tp.thn.), jld. 23, hadis no. 883. Kedua-duanya dengan sanad yang di dalamnya perawi yang bernama Mahduj al-Zuhliy dan Abi al-Khattab al-Hajari, kedua-duanya adalah perawi yang lemah. Selain itu sanadnya berpangkal kepada Jasrah binti Dajajah, perawi sama yang menyampaikan hadis riwayat Imam Abu Daud yang merupakan asas perbincangan kita. Statusnya sebagai periwayat hadis diperbincangkan. Kemudian terdapat kesilapan di dalam hadis di atas dimana ia sebenarnya bukan diriwayatkan oleh Umm Salamah, tetapi oleh ‘Aisyah. Demikian terang Imam Abu Zur‘ah dalam al-‘Ilal li Ibn Abi Hatim, hadis no: 269 sebagaimana yang dikemukakan oleh Syaikh Khalid Dhaif Allah al-Syalahi dalam al-Tibyan fi Takhrij wa Tabwib Ahadits Bulugh al-Maram (Muasasah al-Risalah, Beirut, 2000), jld. 2, ms. 298.
Faktor-faktor di atas mencacatkan hadis Umm Salamah ini dan menyebabkan ia tidak dapat dijadikan hujah mahu pun penguat kepada hadis riwayat Imam Abu Daud yang merupakan asas perbincangan kita.

Hadis Umm ‘Athiyah.

Dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-‘Iedain, Bab wanita haid tidak hadir di musholla, hadis no: 981, Umm ‘Athiyah radhiallahu 'anha berkata:


أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: "أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُورِ," فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلاَّهُمْ.

Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan.”
(Umm ‘Athiyah menyambung) dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi musholla.
Hadis ini sebenarnya tidak berkaitan untuk dijadikan hujah. Ini kerana musholla yang diperintahkan agar dijauhi oleh wanita yang didatangi haid adalah padang atau satu tempat yang luas. Ia bukanlah masjid. Pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, solat Hari Raya dilaksanakan di tempat terbuka dan semua orang diperintahkan keluar. Termasuk yang diperintahkan keluar ialah para wanita yang didatangi haid. Wanita yang didatangi haid tidak boleh bersolat, oleh itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyuruh mereka duduk di luar kawasan solat manakala wanita yang tidak didatangi haid duduk di dalam untuk bersolat. Seandainya semua wanita, sama ada yang didatangi haid atau tidak, duduk berhimpun di satu kawasan, nescaya saf solat terputus-putus antara yang boleh solat dan yang tidak boleh solat.
Pentingnya, hadis di atas tidak berkaitan dengan hukum wanita yang didatangi haid sama ada boleh memasuki masjid atau tidak.


Ayat 43 Surah al-Nisa’.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تَقْرَبُوا الصَّلاَةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا.
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri solat sedang kamu dalam keadaan mabuk hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi.


Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala melarang orang yang dalam keadaan junub daripada menghampiri masjid melainkan sekadar untuk melintas sahaja. Ini menunjukkan bahawa orang yang junub dilarang memasuki masjid kecuali sekadar melintas sahaja. Orang yang junub diqiyaskan kepada wanita yang didatangi haid. Maka wanita yang didatangi haid turut dilarang memasuki masjid kecuali sekadar melintas sahaja.
Menggunakan qiyas untuk menghubungkan antara haid dan junub adalah tertolak kerana beberapa sebab:


Kes wanita yang didatangi haid adalah sesuatu yang berlaku pada ketika turunnya ayat di atas. Namun Allah hanya menyebut kes orang yang junub dan mendiamkan kes wanita yang didatangi haid. Memandangkan Allah mendiamkannya, maka hendaklah juga kita mendiamkannya tanpa perlu menambah-nambah.
Qiyas adalah kaedah mengeluarkan hukum bagi kes-kes baru yang tidak wujud pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Kes wanita yang didatangi haid bukanlah satu kes yang baru kerana ia sedia wujud pada zaman baginda. Oleh itu tidaklah tepat untuk menggunakan kaedah qiyas untuk menghubungkan antara haid dan junub.


Antara haid dan junub, persamaannya hanya dari sudut kewajipan mandi. Selain itu terdapat beberapa perbezaan yang besar. Antaranya junub adalah satu keadaan di mana seseorang itu memiliki pilihan untuk berada dalamnya atau tidak, dan seseorang itu boleh keluar daripada keadaan junub pada bila-bila masa melalui mandi wajib atau tayamum. Berbeza halnya dengan haid, ia bermula dan berakhir tanpa pilihan. Oleh itu terdapat banyak perbezaan antara haid dan junub sehingga tidak boleh menyamakan antara kedua-duanya.

Kesimpulan Tinjauan.

Bagi wanita yang didatangi haid, para ilmuan sepakat berdasarkan dalil yang kukuh lagi jelas bahawa mereka tidak boleh solat, puasa, tawaf dan bersetubuh. Ada pun hukum memegang dan membaca al-Qur’an, dalilnya adalah lemah .

Dalam artikel ini, kita meninjau pula hukum wanita yang didatangi haid sama ada boleh atau tidak untuk memasuki masjid dan mendiaminya. Tinjauan mendapati hadis yang melarang wanita memasuki masjid dan mendiaminya diperselisihkan kedudukannya antara dha‘if, hasan atau sahih. Pada waktu yang sama terdapat hadis sahih lain yang menerangkan wanita yang didatangi haid boleh memasuki masjid dan mendiaminya.


Oleh itu apabila seseorang muslimah memiliki urusan di dalam masjid, dia boleh memasukinya dan mendiaminya. Urusan yang dimaksudkan adalah pelbagai dan ia tidak perlu sesuatu yang berada pada tahap darurat. Contoh urusan yang dimaksudkan adalah ustazah yang menyampaikan kuliah, para muslimah yang menghadiri kuliah dan para muslimah yang menziarah masjid bersejarah.


Kesimpulan ini berbeza dengan pandangan majoriti para ilmuan. Akan tetapi kesimpulan ini dicapai dengan mengkaji secara teliti dalil dan hujah para ilmuan itu sendiri tanpa melepaskan sikap hormat dan kasih sayang kepada mereka.


Jika di kalangan pembaca ada yang tidak setuju dengan tinjauan ini, maka pilihan anda saya hormati. Jika di kalangan pembaca ada yang setuju dengan tinjauan ini, maka hormatilah orang lain yang tidak setuju. Selain itu berkongsilah tinjauan ini dengan mereka yang tidak tahu, kemudian hormatilah pilihan mereka.


[1] Kenapakah disebut “kemaluannya” dan bukan “kemaluanku”? Berkata Ibn Hajar al-‘Asqalani: “Secara zahirnya kalimat ini adalah perkataan hamba itu, hanya saja dia mengucapkannya dalam konteks orang ketiga untuk mengalihkan perhatian.” Fath al-Bari (edisi terjemahan oleh Amiruddin atas judul yang sama; Pustaka Azzam, Jakarta, 2003), jld. 3, ms. 177-178.

Sunday, February 25, 2007

SATU PENILAIAN YG MESTI DIBUAT DENGAN PENILAIAN MATA HATI

FAHAMAN WAHHABI..SATU PENILAIAN DAN PENELITIAN..

Artikel ini ditulis bagi mengelakkan kekeliruan yang telah ditimbulkan sejak sekian lama dan diharap ia dibaca dengan penuh ilmiah tanpa sebarang prasangka hati...

“Fahaman Wahhabi yang mengetepikan amalan sunah umat Islam negara ini sejak turun temurun kini dikatakan menular di kalangan cerdik pandai muda. Kumpulan ini menolak amalan membaca al-Qur’an untuk orang yang meninggal dunia, membaca Yasin, qunut, tahlil, talkin, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi perkara harus dan sunat yang menjadi amalan Ahli Sunnah Waljamaah. Ini Adalah keratan akhbar Mingguan Malaysia, 27 November lepas (2005). Ia merupakan sebahagian daripada pandangan Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Antara katanya: Fahaman Wahhabi mengambil pendekatan keras, semata-mata memberi penekanan kepada Allah dengan menolak sunah Rasulullah, tawassul, syafaat dan lain-lain.

Berdasarkan keratan-keratan akhbar ini, fahaman Wahhabi dianggap sebagai satu fahaman yang menyeleweng dan lari daripada landasan Ahli Sunnah Waljamaah. Kertas kerja ini akan menerangkan serba sedikit gambaran fahaman Wahhabi, moga-moga ia boleh menjadi asas kepada kita untuk menilai sendiri kebenaran atau kebatilan fahaman ini.

SIAPAKAH GOLONGAN WAHABI?

Mausuah al-Muyassarah Fil Adyan Wal Mazahib al-Muaâsarah menamakan mereka sebagai kumpulan Dakwah Salafiyyah dan memperkenalkan mereka sebagai pencetus Harakah Islahiyyah (reformasi) yang timbul di hujung zaman kemunduran dan kejumudan pemikiran di dunia Islam. Ia adalah satu kumpulan yang menyeru supaya kembali kepada berpegang dengan Aqidah Islamiyyah dan asas-asasnya yang suci bersih. Ia juga mengajak supaya menyucikan Tauhid daripada sebarang unsur syirik. Dan mereka juga digelar sebagai Wahhabiyyah kerana dinisbahkan kepada pengasasnya iaitu Muhammad bin Abdul Wahhab[1]. Pada hakikatnya para penganut fahaman ini bukanlah satu kumpulan yang asing (terkeluar daripada Islam) bahkan mereka adalah satu kumpulan yang masih menjaga asas-asas Islam ataupun (boleh dikatakan juga bahawa) mereka adalah kaum muslimin yang bermazhab Hanbali, yang mana sandaran pegangan-pegangan mereka merupakan al-Quranul Karim dan juga Hadis Nabawi[2].

KEMUNCULAN FAHAMAN WAHHABI

Kumpulan ini muncul kerana keterlampauan masyarakat Islam dalam mentaqdiskan individu-individu tertentu dan keterlampauan dalam mengambil berkat dengan mereka dan mendekatkan diri dengan menziarahi kubur-kubur mereka[3]. Dr Muhammad Imarah menganggap kemunculannya adalah sebagai tunas kesedaran Islam dan sebagai petunjuk pertama kepada era baru umat Islam[4]. Beliau juga menganggap bahawa fahaman ini adalah kesinambungan aqidah salaf yang terdahulu yang bersumberkan nas dan dipelopori pada asalnya oleh Imam Ahmad bin Hanbal.

Menurut kitab al-Madkhal ila Dirasatil Adyan Walmazahib, Wahhabiyyah ini muncul sebagai reaksi tindak balas kepada banyaknya perkara-perkara bidaah yang tidak ada asalnya dalam agama. Timbulnya kumpulan ini untuk menentang bidaah tersebut dan kumpulan ini menghidupkan ajaran Ibnu Taimiyyah. Pada hakikatnya mereka bukanlah satu kumpulan yang berasingan, bahkan mereka adalah sebahagian daripada kaum muslimin yang bermazhab Hambali, yang mana sandaran akidah mereka juga adalah al-Quraanul Karim dan Hadis Nabawi. Tujuan mereka adalah untuk mengasaskan kerajaan Islam di atas asas-asas Syariah Islamiyyah. Mereka menolak fahaman Syiah dan menentang sagala bentuk bidaah yang dibawa oleh golongan Syiah dan Sufiyyah[5].


ANTARA WAHABIYYAH DAN SALAFIYYAH

Para penganut fahaman Wahhabi tidaklah menamakan diri mereka dengan gelaran Wahhabi, bahkan mereka lebih suka dengan gelaran Salafi[6]. Ini kerana pada pandangan mereka akidah dan amalan yang mereka perjuangkan tidaklah lari daripada cara para Salafussolih. Dan hakikat ini diakui oleh ramai ulamak dan pemikir-pemikir Islam. Sebahagian daripada mereka menganggap gelaran Wahhabi adalah gelaran daripada penentang fahaman mereka yang cuba menakut-nakutkan orang ramai dengan bahawa mereka adalah golongan sesat yang terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah[7]. Berkata al-Malik Abdul Aziz (pengasas Negara Arab Saudi dan pendokong fahaman ini, dan kata-kata ini merupakan khutbah yang diucapkannya pada 11/05/1929M, bersempena musim haji 1347H): “Mereka menamakan kita sebagai orang-orang Wahhabi dan mazhab kita adalah mazhab Wahhabi, dan menganggapnya sebagai satu mazhab yang lain. Ini adalah satu kesilapan besar yang timbul kerana kepercayaan kepada dakyah-dakyah palsu yang disebarkan oleh orang-orang yang bertujuan jahat. Kami bukanlah satu mazhab yang baru, ataupuhn akidah yang baru. Dan Muhamad bin Abdul Wahhab tidaklah membawa satu perkara yang baru, bahkan akidah kami adalah akidah para Salafussoleh yang berpandukan al-Qur’an, as-Sunnah dan juga fahaman Salafussoleh. Kami menghormati imam-imam mazhab yang empat dan tidak ada beza di sisi kami antara imam Malik, Syafie, Ahmad dan Abu Hanifah. Mereka semua adalah mulia pada pandangan kami[8].

Dan sebahagian mereka juga berkata bahawa nisbah yang paling tepat untuk mereka adalah “Muhammadiyyah” dan bukannya Wahhabiyyah.. Berkata Syeikh Abdul Aziz bin Baz (bekas Mufti Arab Saudi): Gelaran yang sahih kepada mereka adalah al-Muhammadiyyah, kerana ini jelas membawa erti bahawa pengasas dakwah ini (fahaman ini) ialah Syeikh Muhammad dan bukannya ayahandanya Abdul Wahhab. Dan antara yang sangat pelik ialah kamu tidak akan dapati bagi galaran ini (Wahhabiyyah) sebarang kesan di Najd, bahkan orang-orang Najd mengengkari gelaran ini kepada mereka. Dan ini jelas menunjukkan bahawa gelaran ini adalah datang dari lpihak luar yang memusuhi dakwah ini…"[9].

Syeikh Al-Albani pula menyatakan gelaran Wahhabiyyah sebenarnya satu kemuliaan, kerana ia dinisbahkan kepada salah satu nama Allah SWT, iaitu "Al-Wahhab". (walaupun tujuan musuh menamakannya demikian untuk memburuk-burukkan mereka). Beliau juga menganggap faktor utama fitnah yang dilemparkan kepada golongan ini adalah masalah politik di zaman tersebut[10].

PENGASAS FAHAMAN INI

Pengasas fahaman ini ialah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab at-Tamimi an-Najdi (1115-1206H, 1703-1791M)[11]. Dilahirkan di al-Uyaynah, satu kampung yang memang dikenali di al-Yamamah di Najd, tenggara Bandar Riyadh. Beliau membesar dalam suasana keagamaan dan pada mulanya belajar dengan ayahandanya sendiri Syeikh Abdul Wahhab bin Sulaiman. Ayahandanya adalah Qadhi al-Uyaynah dan datuknya pula Syeikh Sulaiman merupakan seorang ulamak yang terkemuka di Najd. Beliau menghafal al-Quran sejak kecil lagi iaitu ketika berumur sepuluh tahun.

Beliau merupakan seorang yang sangat cerdik, sehinggakan ayahandanya yang merupakan seorang Qadhi pernah menyatakan bahawa terdapat beberapa hukum hakam yang beliau ambil kefahaman daripada anaknya sedangkan anaknya itu masih belum baligh. Ayahandanya pernah menajdikannya imam solat semenjak umurnya dua belas tahun lagi. Setelah beliau pergi ke Mekah menunaikan haji, (dalam lingkunga umur 12 tahun), beliau sempat belajar dengan sebahagian ulamak-ulamak Masjidil Haram. Kemudian beliau menuju ke Madinah, dan belajar dengan Syeikh Muhammad Hayat al-Sindiyy (1165H). Syeikh Wahabi juga telah pergi ke Iraq untuk menimba ilmu. Dan beliau pernah berazam untuk ke Syam, namun tidak kesampaian kerana masalah perbelanjaan.

Beliau kahwin dalam usia yang sangat muda iaitu ketika berumur dua belas tahun dan dikurniakan beberapa orang anak. Tinggal di aœad-Daraiyyah lebih kurang 50 tahun dan di situlah pusat beliau mengembangkan ajarannya dengan disokong oleh pemerintah ad-Darâiyyah, iaitu Muhammad bin Suaud. Beliau bukan sahaja menghabiskan masanya dengan dakwah secara lisan, bahkan seperti juga ulamak-ulamak yang lain yang berdakwah dengan penulisan. Beliau pernah menulis beberapa surat untuk menyatakan dakwahnya. Beliau juga meninggalkan beberapa buah seperti kitab at-Tauhid, kitab âl-Kasyfus Syubuhat, kitab âœal-Usulus Salasah, kitab âl-Kabaâr, kitab âl-Qawaidul Arbaâ, kitab âl-Fadhlul Islam, kitab Usulul Iman dan lain-lain lagi.kitab-kitab beliau ini telah dikumpulkan dan kita boleh mengenali pendapat dan pandangan beliau berdasarkan kitab-kitab ini.
Beliau meninggal pada hari isnin pada bulan Syawwal tahun 1206H, dalam lingkungan umur 91 tahun.


Fikrah-fikrah Imam Muhammad bin Abdul Wahhab Dan Pengikutnya

- Syeikh Muhammad dalam pengajarannya bermazhab Hambali, tetapi beliau tidak melaziminya secara mutlak. Ini kerana beliau akan meninggalkan pendapat mazhab Hanbali jika pendapat yang lain adalah lebih rajih dalilnya pada pandangan beliau. Kerana inilah dikatakan bahawa golongan Salafiyyah ini tidak bermazhab pada usul dan bermazhab Hambali pada furu’.

Ertinya dalam masalah aqidah, Syeikh Muhammad dan para pengikutnya tidaklah bermazhab Asyairah, atau Maturidiyyah, Muktazilah dan sebagainya, kerana mereka hanya menyambung pegangan para salaf yang terdahulu. Dan dalam masalah furu atau fiqh pula mereka bermazhab Hanbali. Dalam hal ini Syeikh Muhammad pernah menyatakan: Alhamdulillah, sebenarnya aku bukanlah membawa ajaran yang baru, bahkan aku hanya menurut ajaran golongan salaf yang terdahulu. Akidahku dan peganganku yang mana aku berpegang dengannya ialah akidah Ahli Sunnah Waljamaah yang mana ia merupakan pegangan sebenar kaum muslimin, sebagaimana pegangan imam-imam mazhab yang empat dan juga pengikut mereka sehingga hari kiamat[12]. Beliau juga pernah berkata: Adapun mazhab kami ialah mazhab Imam Ahmad bin Hanbal, iaitu Imam Ahlus Sunnah (dalam masalah furu), dan kami tidak mendakwa mampu berijtihad. Dan jika jelas kepada kami satu sunnah Rasulullah yang sahih, kami akan amalkannya dan kami sekali-kali tidak akan mendahulukan pendapat orang lain, walaupun siapa sahaja yang mengatakannya[13].
Ada juga yang menganggap bahawa fikrah Syeikh Muhammad tidaklah lari daripada pendapat Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah (728H), cuma pandangan beliau agak lebih keras.

• Fahaman Wahhabi menekankan kepada perlunya kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah.
• Ia juga mengajak kepada membuka pintu ijtihad.
• Mengajak kaum muslimin supaya kembali kepada dasar tauhid yang dibawa oleh para salafussolih yang terdahulu dan menyucikannya daripada sebarang syirik.

Berkata Dr Yusuf al-Qardhawi: Perkara yang paling utama bagi al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab di semenanjung tanah arab ialah perkara aqidah. Iaitu untuk menjaga aqidah daripada sebarang syirik dan khurafat yang boleh mengotorkannya dan mengeruhkan kejernihannya. Di atas perkara itulah beliau menulis buku-bukunya dan juga surat-surat kirimannya, dan beliau telah bangkit dengan dakwahnya dan amalannya untuk meruntuhkan syiar-syiar syirik tersebut [14].


- Mengisbatkan al-Asma was Sifat sebagaimana yang Allah SWT isbatkan dan Rasulullah s.a.w. isbatkan tanpa âttamsil, âttasybih, takyiif dan, attakwil..
Ini kerana mereka berpendapat bahawa tidak ada yang mengenali Allah SWT melebihi darupada diriNya sendiri dan juga RasulNya. Berkata Imam Ahmad: Tidak boleh kita sifatkan Allah SWT melebihi daripada apa yang disifatkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak boleh melampaui al-Quran dan juga al-Hadis"[15]. Dan mereka tidak menerima takwilan dalam bab ini kerana telah sepakat ulamak samada yang menerima takwil atau menolaknya bahawa takwilan adalah perkara yang âzzhanni, iaitu perkara yang tidak pasti. Dan mereka tidak mahu menyifatkan Allah SWT dengan perkara yang tidak pasti kesahihan nisbahnya kepada Allah. Kerana itulah mereka menerima segala sifat-sifat tersebut dengan menyakini bahawa tidak ada persamaan antara Allah SWT dengan para makhluk. Ini kerana perbincangan mengenai sifat Allah SWT adalah cabang daripada perbincangan tentang zat Allah SWT. Kalaulah kita mengisbatkan zatNya dengan isbat bahawa zatNya itu wujud dan bukannya isbatkan kaifiatNya, maka samalah juga kita mengisbatkan sifatNya tanpa isbatkan kaifiatNya.

- Memerangi perkara-perkara bidaah dan khurafat seperti berdoa kepada kuburan, bersembelih dan bernazar kepadanya.
Berkata Dr. Abdullah al-Faqih: Sesiapa yang mengenali Najd dan semenanjung arab sebelum tersebarnya dakwah Syeikh Muhammad, akan mengetahu betapa luasnya tersebar perkara-perkara bidaah dan khurafat akan mengetahui betapa banyaknya peranan yang diberikan oleh dakwah ini daripada kesan-kesan yang baik dan terpuji, dan peranannya yang sangat besar dalam menghidupkan sunnah dan menghapuskan bidaah[16].

• Menanamkan semangat jihad. Para penganut Wahhabi sanggup berjihad untuk menyebarkan dakwah mereka dan menghilangkan unsur-unsur syirik.
• Membahagikan tawassul kepada tawassul yang dibenarkan dan yang dilarang. Yang dibenarkan adalah dengan âl-Asmaâul Husna dan yang dilarang pula adalah seperti dengan ketinggian Rasul, para solihin dan sebagainya.
• Melarang membina binaan di atas perkuburan.
• Menganggap meninggalkan dalil yang jelas dan menggunakan dalil yang kesamaran sebagai cara kumpulan yang sesat seperti golongan âl-Rafidhah dan âl-Khawarij.
• Membahagikan syirik kepada beberapa martabat, seperti syirik akbar iaitu syirik dalam beribadah, niat, ketaatan dan mahabbah. Syirik asghar pula ialah riak dan syirik khafipula ialah syirik yang tidak disedar[17].


WAHABIYYAH, ANTARA KHILAF DAN FITNAH

Penentangan terhadap golongan Wahhabiyyah sebenarnya tercetus kerana perkara-perkara khilafiyyah dan juga kerana fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada mereka. Sebagai contoh, keratan akhbar tadi mengandungi perkara-perkara yang memang menjadi khilaf di kalangan para ulamak seperti qunut, talkin, membaca al-Quran untuk orang yang meninggal dunia dan sebagainya. Dan ada juga yang memang fitnah yang sengaja dilemparkan seperti mengatakan bahawa fahaman ini menolak berzikir, berdoa dan mengharamkan perkara-perkara sunat dan harus di sisi Ahli Sunnah Waljamaah.

Adakah mazhab Hanafi dan Hanbali yang tidak berqunut pada solat subuh itu dianggap sebagai Wahhabi? Adakah Imam Abu Hanifah dan Imam Malik bermazhab Wahhabi kerana mereka tidak menggalakkan membaca al-Quran di perkuburan[18]? Adakah Imam Nawawi dan para pengikut fahaman Syafiei dianggap Wahhabi kerana beliau ada berkata: Membacakan al-Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada mayat dan bersembahyang untuknya dan seumpamanya, maka dalam mazhab Syafie dan jumhur ulamak bahawa perkara itu tidaklah sampai kepada mayat dan memang khilaf ulamak padanya"[19]. Kerana inilah Syeikh Muhammad Basyir as-Sahwani (seorang ulamak Hindi) meyatakan bahawa tidak ada satu pun daripada pendapat Imam Muhammad yang hanya pendapat beliau dan tidak pernah dikeluarkan oleh para ulamak sebelumnya.

Dan antara fitnah yang paling besar yang dilemparkan oleh Dr Uthman kepada Wahhabi ialah semata-mata memberikan penekanan kepada Allah dengan menolak sunah Rasulullah. Fitnah ini adalah satu fitnah yang sangat besar yang dilemparkan kepada golongan ini (jika sahih kenyataannya itu sebagaiamana yang tersiar di akhbar) selain daripada fitnah-fitnah yang pernah dilemparkan kepada Syeikh Muhammad seperti mengaku Nabi, menghina Nabi, menyamakan mereka dengan Khawarij, mengkafirkan orang Islam dan lain-lain lagi. Dan Allah SWT mengetahui bahawa lelaki itu telah memfitnah diriku dengan pelbagai perkara yang mana ia bukanlah pendapatku, bahkan sebahagian besar daripadanya tidak pernah terlintas di fikiranku. Antaranya ialah perkataannya bahawa aku telah menganggap silap buku-buku mazhab yang empat itu, dan aku berkata bahawa orang Islam tidak mempunyai sebarang nilai sejak daripada enam ratus tahun yang lampau, dan aku berkata bahawa aku adalah mujtahid yang mampu berijtihad, dan aku berkata bahawa aku sudahpun keluar daripada bertaqlid, dan aku berkata bahawa khliaf ulamak itu adalah satu bala dan aku mengkafirkan orang-orang yang bertawassul dengan para solihin, dan aku mengkafirkan Syeikh al-Busiri kerana (burdahnya yang berbunyi): Wahai semulia-mulia makhluk Allah, dan aku juga dikatakan berkata: kalaulah aku mampu untuk meruntuhkan kubah makam Nabi, nescaya aku akan runtuhkannya, dan jika akau mampu meguasai kaabah, nescaya aku akan tukar saluran airnya kepada saluran air yang dibuat daripada kayu, dan aku mengharamkan menziarahi maqam Nabi s.a.w. dan mengengkari menziarahi kubur para kedua ibu bapa dan juga lain-lain, dan aku juga mengkafirkan sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah dan jawabanku terhadap semua masalah ini adalah dengan bahawa aku berkata: Maha suci Engkau (wahai Tuhanku), sesungguhnya ini adalah satu pembohongan yang sangat besar.

WAHABIYYAH DAN AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH

Antara tohmahan berbisa yang biasa dilemparkan kepada golongan Wahhabi ialah mereka telah terkeluar daripada golongan Ahli Sunnah Waljamaah. Untuk mengetahui sejauh mana kebenaran tuduhan ini, kita perlu melihat kepada istilah Ahli Sunnah Waljamaah. Istilah Ahli Sunnah Waljamaah"[21] diertikan sebagai Orang yang kekal dengan cara Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya samada dalam bentuk aqidah, syariah dan akhlak"[22]. Mengikut Dr. Hasan Ibrahim Hasan penggunaan istilah Ahli Sunnah Waljamaah sebenarnya tidak digunakan melainkan pada permulaan zaman Abbasi, iaitu ketika mana berkembangnya mazhab Muktazilah. Nama Ahli Sunnah Waljamaah digunakan kepada orang-orang yang berpegang kepada al-Quran dan al-Hadis, manakala Muktazilah pula digunakan kepada mereka banyak menggunakan ilmu Kalam[23]. Namun mengikut Abdul Rahim as-Sulami, gelaran Ahli Sunnah Waljamaah sebenarnya sudah bermula sejak berlakunya fitnah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Usman r.a. Ini kerana kaum muslimin yang sebenar memerlukan kepada gelaran yang boleh membezakan mereka dengan golongan sesat yang telah lari daripada panduan Sunnah dan terkeluar daripada kumpulan sebenar orang Islam[24].

Sebenarnya Syeikh Muhammad yang merupakan pengasas kepada fahaman ini pernah menerangkan pendiriannya dalam masalah ini. Beliau pernah berkata: Alhamdulillah, sebenarnya aku bukanlah membawa ajaran yang baru, bahkan aku hanya menurut ajaran golongan salaf yang terdahulu. Akidahku dan peganganku yang mana aku berpegang dengannya ialah akidah Ahli Sunnah Waljamaah yang mana ia merupakan pegangan sebenar kaum muslimin, sebagaimana pegangan imam-imam mazhab yang empat dan juga pengikut mereka sehingga hari kiamat. Cumanya aku menerangkan kepada masyarakat tentang perlunya mengikhlaskan agama semata-mata kerana Allah SWT, dan aku melarang mereka daripada berdoa kepada selainNya samada yang hidup atau yang telah mati dan samada para solihin atau lain-lain. Aku juga melarang mereka daripada cara mereka beribadat kepada Allah yang mengandungi unsur syirik seperti penyembelihan, nazar, tawakkal dan sujud (kepada selain Allah) yang mana perkara-perkara itu tidak boleh ada sebarang syirik kepadanya samada para malaikat muqarrabin atau para Nabi yang mursalin (diutuskan Allah SWT). Dan akidah inilah (menyucikan sebarang syirik) merupakan intipati dakwah para Rasul, dari permulaan mereka hingga kepada Rasul yang terakhir. Dan inilah akidah “Ahli Sunnah Waljamaah25].

Dan sebahagian ulamak (terutamannya golongan Asyairah dan Maturidiyyah) telah mengkhaskan penggunaan Ahli Sunnah Waljamaah kepada mereka yang berfahaman Asyairah atau Maturidiyyah. Padahal penggunaan takrif Ahli Sunnah Waljamaah kepada dua golongan ini sahaja pada hakikatnya adalah satu juzuk daripada Ahli Sunnah Waljamaah. Manakala sebahagian ulamak golongan Salafiyyah pula menganggap bahawa gelaran Ahli Sunnah Waljamaah hanya tertentu kepada kumpulan mereka sahaja. Mereka menganggap bahawa kumpulan Asyairah atau Maturidiyyah samalah seperti golongan Muktazilah yang telah pun terkeluar daripada kumpulan Ahli Sunnah Waljamaah"[26].
Dan cara yang terbaik untuk kita memahami perkara ini adalah seperti yang disebut oleh al-Baghdadi dalam kitabnya al-Farqu Bainal Firaq bahawa golongan Ahli Sunnah Waljamaah terdiri daripada pelbagai lapan kumpulan manusia dan mereka pula terdiri daripada ulamak ataupun orang awam. Antara kumpulan yang disebutkan oleh beliau ialah ulamak akidah, para fuqaha, muhaddisin, mufassirin, sufiyyah, ulamak bahasa, para mujahidin dan juga kaum awam muslimin.
Kesimpulannya golongan Wahhabiyyah bukanlah terkeluar daripada kumpulan sebenar Ahli Sunnah Waljamaah tetapi ia bukanlah kumpulan Asyairah atau Maturidiyyah yang hanya dianggap sebagai Ahli Sunnah Waljamaah oleh sebahagian manusia, terutamanya di rantau ini yang rata-ratanya berfahaman Asyairah.


WAHHABIYAH DAN KEBANGKITAN ISLAM MASA KINI

Mengikut sesetengah pemikir Islam, Harakah Islah yang dibawa oleh golongan Wahhabiyyah ini memberikan kesan yang sangat positif kearah kebangkitan dan kesedaran umat Islam. Berkata Syeikh Muhammad Qutb: Sesungguhnya gerakan yang dibawa oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab untuk memperbetulkan akidah umat Islam merupakan factor sebenar kepada kesedaran dunia Islam, sekalipun pelbagai usaha dilakukan untuk menyekat dan menghapuskannya.
Dr Yusof al-Qardhawi pula berkata: Sesungguhnya kebangkitan yang kita lihat pada hari ini bukanlah timbul daripada kosong dan tidaklah meletup secara tiba-tiba, dan ia juga bukanlah parasit yang timbul sendiri tanpa ada penanam dan penjaganya sebagaimana yang digambarkan oleh sebahagian manusia. Sesungguhnya kebangkitan yang timbul ini merupakan kesinambungan dan tajdid kepada gerakan-gerakan Islamiyyah dan madrasah-madrasah pemikiran dan amali yang lepas, yang mana sebahagian daripadanya telahpun lenyap dan sebahagiannya masih lagi wujud dengan gambarnya atau dengan penjelmaan yang lain. Ia merupakan gerakan-gerakan yang diusahakan oleh lelaki-lelaki yang ikhlas yang mana setiap daripada mereka ingin mentajdidkan agama atau ingin menghidupkan ummah Islam di suatu tempat tertentu atau di lebih dari satu tempat, dalam sudut tertentu atau lebih daripada satu sudut, samada dalam pegangan, pemikiran dan juga akhlak. Sejarah telah mencatatkan bahawa antara mereka ialah “nujaddid” semenanjung arab, iaitu pembangkit “Dakwah Salafiyyah, keluaran Madrasah Hanbali, iaitu Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang mana dengan asas gerakannyalah tertegaknya kerajaan Arab Saudi[27].

PANDANGAN ULAMAK TENTANG GOLONGAN INI

Ramai di kalangan ulamak, samada yang sezaman atau yang datang selepas Syeikh Muhammad yang memuji beliau dan harakah dakwah yang di bawa oleh beliau. Antara ulamak yang memuji beliau ialah Imam Syaukani, al-Amir as-Son’ani, Muhammad Rashid Ridha, al-Imam Muhammad Abduh, Syeikh Ali Tontowi, Muhammad Qutb, Dr Yusuf Qardhawi, Dr Muhammad Imarah, Syeikh Muhammad al-Ghazali dan lain-lain lagi. Di sini kami akan memetik sebahagian daripada pandangan para ulamak tersebut mengenai Syeikh Muhammad.
1. Syeikh Muhammad Bahjah al-Baitor (seorang ulamak Syam, dalam kitabnya Hayat Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah): Bukanlah Wahhabi dan Imam Muhammmad bin Abdul Wahhab itu satu mazhab yang baru, tetapi beliau (semoga Allah merahmatinya) merupakan mujaddid bagi dakwah Islamiyyah dan mengikut mazhab Ahmad bin Hanbali.
2. Dr Wahbah az-Zuhaili: Antara yang paling berani meyatakan kebenaran, dan reformis yang sangat agung dalam islah, pembinaan dan jihad untuk mengembalikan pegangan kepada Islam dan mengembalikan manhaj (method) para salafussolih ialah dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab.
3. Dr. Yusof al-Qardhawi pernah menamakan beliau sebagai Syeikhul Islam dalam bukunya Haqiqatul Tauhid.
4. As-Sayyid Muhammad Rasyid Ridha: Sesungguhnya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhaban-Najdi merupakan salah serang mujaddid yang ikhlas itu. Beliau bangkit untuk membersihkan tauhid dan mengajak kepada mengikhlaskan ibadat semata-mata kepada Allah SWT sebagaimana yang dianjurkan al-Quran dan juga as-Sunnah. Beliau juga bangkit untuk menghapuskan bidâah-bidah dan maksiat-maksiat dan untuk mengangkat kembali syiar-syiar agama yang ditinggalkan dan untuk membuang perkara-perkara haram yang dicerobohi. Dan telah bangkit menentang dakwah ini tiga kekuatan, iaitu kekuatan kerajaan dan pemerintah, kekuatan penolong-penolong mereka daripada kalangan ulamak munafiq dan kekuatan masyarakat yang hina dina. Dan senjata yang paling kuat untuk menentang gerakan ini ialah gerakan ini telah menyanggahi jumhur umat Islam. Siapakah sebenarnya umat Islam yang mana Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab sanggahi dalam dakwahnya? Tidakkah mereka itu adalah para arab badwi yang mana kehidupan mereka itu lebih teruk daripada golongan jahiliyyah[28].


Kesimpulan

Pada kesimpulannya, saya melihat bahawa fahaman Wahhabi bukanlah satu fahaman yang terkeluar daripada Ahli Sunnah Waljamaah, apatah lagi daripada Islam. Bahkan kumpulan ini merupakan kesinambungan kepada fahaman salafussolih yang terdahulu. Khilaf teori mereka dengan Asyaâirah dan Maturidiyyah tidaklah menyebabkan mereka terkeluar daripada golongan Ahli Sunnah Waljamaah, kerana Ahli Sunnah Waljamaah tidaklah tertentu kepada dua golongan tersebut. Tetapi ini tidaklah bererti bahawa hanya fahaman Wahhabiyyah sahaja yang berada dalam kebenaran, kerana fahaman ini adalah salah satu cabang daripada pendapat para ulamak. Semoga kita memberikan nilaian yang sebenar kepada fahaman ini dan tidak menzalimi dan menganiayai mereka.
Kebimbangan terhadap menularnya fahaman ini adalah tidak lain melainkan kerana kejahilan dan terpedaya dengan tohmahan yang dilemparkan kepada golongan ini yang sebenarnya ingin kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah. Bahkan kalau kita memerhatikan apa yang dinyatakan dalam permulaan keratan akhbar tadi, maka kita akan dapati bahawa kefahaman ini banyak menular di kalangan cendikiawan muda, dan bukannya pada golongan awam yang tidak mengerti atau kepada sebahagian remaja yang telah rosak kerana terpengaruh dengan budaya barat. Pada pandangan saya, fahaman ini mudah menular di kalangan mereka (cendikiawan) kerana merekalah sebenarnya yang lebih pandai untuk menilai kesahihan atau kebatilan sesuatu perkara.

Perkara-perkara asas tentang PALESTIN..



Di manakah Palestin ?

Palestin merupakan suatu nama yang digunakan untuk wilayah barat-daya negara Syam. Ia bersempadan dengan laut Mediteranian dan terletak di barat benua Asia. Palestin dianggap titik pertemuan Asia dan Afrika dan berdekatan dengan benua Eropah. Bahagian utara Palestin bersempadan dengan Lubnan, manakala Syria di timur laut, Jordan di timur dan Mesir di selatan. Ia berada di kawasan yang beriklim mediteranian dan keluasan Palestin di waktu kini dianggarkan seluas 27,009 km persegi.

Bumi Palestin juga dianggap salah satu penempatan tertua di dunia. Malahan penemuan ahli-ahli arkeologi telah membuktikan bahawa tempat ini merupakan penempatan pertama yang mengalami perubahan daripada kehidupan nomad kepada kehidupan tetap dan bercucuk tanam sejak 9000 tahun sebelum Masihi. Bahkan bandar tertua di dunia, Jericho telah dibina di Palestin sejak 8000 tahun sebelum Masihi dan sehingga kini masih dianggap sebagai bandar yang di datangi dan dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gemilang.

Apakah istimewanya Palestin kepada umat islam ?

Bumi Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap orang Islam. Jika dirujuk kepada al-Quran dan sunnah :

a) Bumi ini dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjid al-Aqsa, sebuah masjid yang menjadi qiblat pertama untuk orang Islam dan merupakan masjid yang ke 3 paling suci bagi orang Islam. Barangsiapa yang bersolat di masjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala.

b) Di bumi ini jugalah kejadian Isra' (Perjalanan Malam) berlaku, di mana Nabi Muhammad melakukan pengembaraan malam yang penuh keajaiban ke langit.

c) Bahkan ramai para anbiya? yang disebut di dalam al-Quran, telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi ini (lebih 50 orang kesemuanya). Semoga Allah memberkati mereka semua.

d) Berdasarkan perspektif Islam, tempat ini merupakan padang Mahsyar selepas Kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.
e) Orang yang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan seperti orang yang berjihad di jalan Allah.

f) Bumi Palestin juga dianggap sebagai pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga ke hari kiamat.

3. Apakah keistimewaannya kepada agama lain ?

Bumi Palestin juga merupakan bumi yang suci kepada bangsa Yahudi dan Nasrani. Yahudi menganggapnya sebagai bumi yang dijanjikan oleh tuhan (Yehovah) kepada bangsa Yahudi.

Menurut iktikad mereka, di situlah tempat berlakunya peristiwa-peristiwa bersejarah mereka dan tempat pengebumian nabi-nabi mereka. Kota suci mereka berpusat di bandar al-Quds yang dipercayai nabi Sulaiman pernah membina Haikalnya dan al-Khalil (Hebron) di mana terdapat makam nabi Ibrahim.

Manakala, bagi penganut agama kristian pula, mereka menganggapnya sebagai tempat bermulanya agama mereka. Di situlah Nabi Isa dilahirkan dan berdakwah. Markaz-markaz keagamaan mereka yang berada di Palestin seperti al-Quds (Jerusalem), Baitul-Laham dan Nazareth. Di sana jugalah terdapat Gereja Kiamah (Church of Nativity) yang dipercayai sebagai tempat kelahiran nabi Isa A.S.

4. Siapakah penduduk Palestin ?

Bangsa berketurunan al-Kan?aniyyah merupakan bangsa terawal yang pernah menduduki bumi Palestin. Mereka datang daripada Semenanjung Tanah Arab sejak 4500 tahun tahun dahulu. Sejak itu, tempat ini dikenali sebagai Bumi Kan'an. Rakyat Palestin sekarang ini berasal dari keturunan Kan'an, iaitu bangsa dari masyarakat timur laut Mediteranian yang dikenali sebagai Filistin dan dari bangsa Arab yang berkahwin campur dengan Filistin.

Walaupun Palestin sentiasa diperintah oleh pelbagai bangsa dan kumpulan dalam beberapa tempoh, namun rakyatnya yang asal terus duduk di situ dengan aman. Apabila Islam muncul, majoriti daripada orang Palestin ini telah memeluk agama tersebut, dan perlahan-lahan mengadaptasi bahasa Arab sebagai bahasa utama mereka, selaras dengan kepesatan perkembangan agama Islam di sana.

Bahkan, identiti Islam di bumi Palestin tetap berdiri kukuh dan berpanjangan sepanjang sejarah Islam, bermula dengan penaklukan kuasa Islam pada tahun 15 hijrah (636 M) sehingga sekarang, dan kebenaran fakta ini tetap tidak boleh dinafikan walaupun sebahagian besar penduduk Muslim Palestin (yang dianggarkan seramai 6 juta) telah dihalau oleh pihak Zionis semenjak 1948 dan menjadi pelarian di dalam dan di luar Negara mereka. "

jiilul_quran
3.03 am
egypt..

who is the next SALAHUDDIN AL-AYYUBI..??


When I sat down drinking my cup of coffee in the morning and trying to read the daily paper-Berita Harian, looking for good news, hoping that one day I would find it..Find what? Peace for Palestine. But, nothing is new. Nothing is new in the processes of peace. When I remember Palestine, which never fades off from our minds, and we, Muslims still remember the sufferings which the Zionists and their REAL TERRORISTS have done, shooting at the people who were praying in the morning, killing a child who was defending himself with a stone on a Zionist soldier who was insulting the people (children of the stones – abtaalul/atfaalul ahjar ) praying in front of the mosque. Children in their youth each one carrying their stone, waiting for the right moment to throw it to his enemies. A very sad situation which will never end-killing and intruding the rights of civilians. When are we going to have peace which all the people around the world think of, so that the situation would be controlled and the fighting will stop?!! When are we going to get the Palestine back?! It will never come back if we still keep on being silent and doing nothing! It will never return except by force and surprise, exactly by the way they took it. We remember the freedom fighters that with their blood irrigated the land. Those who gave their lives, fought for their country. We are going to get it back form Zionists laknatullah one day.


At the moment, I allowed myself to be mad of because we are, Muslims called and pointed by them as terrorists. The real terrorists are not the people who are living in Afghanistan, Iraq, or Palestine. The real laknatullah terrorists are the current leaders in Israel and United States. The political leaders in Israel and the US can point their bloody fingers and cry “terrorist” to anyone they want, but that doesn’t wash the blood from their hands. There is saying: If it looks like a duck, quacks like a duck and walks like a duck, you call it a duck..!! The real terrorist label, that their politicians use so liberally, fits the US and Israel more than it does the people they call “terrorist”. The real terrorists are the people walking around the hall of congress with blood-covered hands.


They include the people in the SATANIC Bush’s administration, and the members of Congress who authorized Bush to take the action he has taken. These leaders have earned themselves a place next to Hitler in the “Inhumanity Hall of Shame..”.They have also earned a rebuke from the American people. Someone in our political leadership must be held accountable for the death, pain, and suffering of the innocent victims in Iraq and Afghanistan, and in America that job belongs to American people. The American people cannot turn a blind eye towards thegrowing numbers of evil, perverse, premeditated and unconciousable criminal acts being committed by America’s and Israel’s leadership without placing themselves in the same danger. Put yourself in the victim’s shoes and think about how would you feel and how you might react. Now try and figure out the best way to keep yourself out of those shoes. It took ten years and the lives of over 55000 american soldiers and two millions Asians, before the American public’s outrage over the war in Vietnam grew to a point that the politicians were pressured into ending that pointless bloody conflict. So, how many lives must be lost and how much money must be spent before the conflict in Iraq and other Muslims countries become too much for the American people to bare!?
The real problem is not with the American people. But the problem is with the current elected leadership. The Bush administration’s mountain of lies and limitless hypocrisy are now being ignored by most of the American people. Clearly the American media has failed to impressed the gravity of corruption that is so pervasive in the Bush administration and in the Olmert’s administration in Israel. Million dollars have been used to fund Israel’s economy and American made weapon are being used by Israel’s military to carry out its brutal oppression against the poor people in Palestine. Israel’s Jewish leaders treat the Palestinian people almost exactly like and even more worst than the Nazi’s treated the German Jews before Kristallnacht. After which the Holocaust started and the Jews were rounded up and systematically killed. The Nazi’s policies were racies, cruel and wrong, and so are Israel. Israel steals land from the Palestinian people, destroys their homes, businesses, and crops and then has the gall to call the Palestinian people “terrorist” for trying to fight back. Regardless of whether you kill people directly, or indirectly, you are still in guilty of killing, and the Palestinian people have the right to defend themselves and their families from the racist thieves who are stealing their land and extinguishing their lives.


The Palestinians and just about all the other Arabs in the middle east, hate America because of its unquestioning support for Israel. The US gives Israel over 3 billion dollars each year, free trade, and military hardware while at the same time the government ignores Israel’s “human rights” violation against the Palestinian people. Therefore, the political leaders in America, both Democrates and Republicans, are hypocrites and are guilty of supporting terrorism made by their bloody hands. The vast majority of American people are allowing themselves to be spoon fed by lying politicians. I believe that the situation has gotten so bad that half of American people could be hanging from the GOP’s bloody meathooks and their last thoughts would be, “This is all those damn liberal Democrats faults..!” America attacks Iraq, Afghanistan and many Muslims countries without justifiable cause, the SATANIC US and Israel kill thousands of innocent civilians, it wound thousands more, it destroy the infrastructures, causing massive blockouts, water outages and travel blockages, they occupy Muslims countries with brutal oppressions, collective killings, tortures and they start a massive theft of Muslims’ natural resources. So, what are you waiting for..?Lets do jihad. Do something and stop keeping yourself silent otherwise you and your families may become the targets of the leader’s blood covered hands as they turn and point their blood fingers at you and yell “you are terrorist!!!”


These whole world seems to have forgotten, that already 15 years ago Yasser Arafat conceded shall have the right to exist within the territory given to them by the UN (the borders of 1967). But the SATANIC Israel were not satisfied with that. They want more lands. Lands of Barakah-Palestine!! Do you just want to look and say “oh, I see..” until there is no land left anymore for the Palestinians! Just recently they built walls on the Palestinian territory, cutting off almost one half of this territory. And the US are helping them on that!! The whole world is closing their eyes to the misery of the Palestinians! Only Hamas and Hezbollah are trying to help them, sacrificing their bloods for the sake of peace. But they just have no chance as long as these Israel laknatullah and the real terrorist are backed up by the SATANIC US and we, Muslims just look and do nothing for them…Allahuakbar..get up brothers !!!


jiilul_quran
1.06 am
muhafazhoh..