Firman Allah SWT dalam Surah Yunus ( ayat 122 ): “ Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu semuanya ( ke medan perang ). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya .“
Allah SWT memandang tinggi golongan yang berilmu selain dari golongan yang berperang di jalan Allah SWT sebagaimana ayat di atas. Menjadi suatu kewajipan kepada hamba Allah SWT untuk terus mencari mutiara-mutiara yang berguna supaya ia dapat memberi suatu natijah yang terbaik untuk diri dan masyarakat.
Sebagai salah suatu inisiatif dari pihak DPMZ , di bawah kelolaan Unit Pengetahuan dan Pendidikan akan menyambung kembali kelas pengajian yang telah dijalankan sebelum ini bagi kita memenuhi keperluan yang ada dan untuk merealisasikan pembinaan syakhsiah dan peribadi kita untuk terus memacu seiring dengan zaman yang kita lalui.
Jadual Pengajian Tafaqquh Fiddin 2011
Semoga amalan dan gerak kerja yang dilakukan ini seiring dengan pertambahan usia dan bersama-samalah kita untuk menyatukan akidah dan kefahaman kita kerana akidah adalah teras kepada amalan.
Wallahua’lam.
Muhamad Zainullah Muhamad Pauzi
Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ),
Sesi 2010/2011
No comments:
Post a Comment