TERKINI - Pengetahuan & Pendidikan

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Monday, February 10, 2014

Madrasah Imam Syafie: Mengetahui Ibadah Secara Benar di sisi syara'


ZAGAZIG, 9 Februari 2014 - PMRAM Cawangan Zagazig membuka kembali tirai 'Madrasah Imam Syafie' selepas selesai solat Isyak di masjid Salam setelah ditangguhkan atas faktor peperiksaan. Kebajikan ahli dari sudut Thaqafah tidak akan diabaikan sama sekali, dan akan diteruskan bagi memantapkan akidah, ibadah dan akhlak warga Malaysia khususnya yang berada di Bumi Zagazig. Antara pengajian yang berjalan pada hari berkenaan adalah Fiqh Syafie yang disampaikan AF Ust Solihuddin Bin Mohd Jahar.


Antara tajuk khusus yang dibentangkan adalah berkenaan syarat solat berjemaah mengikut pandangan Mazhab Imam As-Syafie. Banyak persoalan yang dikemukakan oleh hadirin dan hadirat yang hadir pada majlis ilmu tersebut dan respon pengisi kepada persoalan berkenaan turut memberi pencerahan di dalam ibadah yang sebenar. Pengisi turut menekan agar tidak bermudah di dalam ibadah agar ibadah lebih terjaga dan mendapat keredhaan Allah SWT.


Semoga perjalanan Madrasah Imam Syafie ini akan dipermudahkan di dalam kita menuntut ilmu agama yang menjadi kekuatan umat Islam menepis anasir-anasir luar yang cuba memberi kecelaruan di dalam keutamaan menuntut ilmu. Semoga prinsip agama warga Malaysia di Zagazig akan menjadi kuat dan menyebarkan ilmu ini di semua peringkat.


"MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"

Sunday, July 14, 2013

Ramadan Kareem : Penyampaian Minhah Al-Azhar




5 Ramadan 1434, Ahad - Jam 11 pagi bertempat di Fakulti Usuluddin dan Dakwah, Universiti Al-Azhar cawangan Zagazig diadakan penyampaian minhah Al-Azhar kepada semua mahasiswa Al-Azhar di kalangan warga wafidin di bumi Zagazig berbentuk barang keperluan asas seperti beras, gula, teh dan lain-lain lagi.

Friday, September 23, 2011

Mufakkir Islam Syeikh Muhammad al-Ghazali dalam Kenangan



KAHERAH , 21 Sept - Satu nadwah penting telah dianjurkan oleh Rabithah 'Alamiah Likharijiy al-Azhar dengan kerjasama Ittihad Syabab wal Ansor al-Azhar bagi memperingati mufakkir Islam Syeikh Muhammad al-Ghazali pada 18 September yang lalu.