MENIRU DALAM PEPERIKSAAN
Harus Atau Tidak Menurut Kacamata Islam ?
MENIRU BUKAN DARIPADA KALANGAN KITA
Sekadar
untuk penelitian bersama. Masih ada dikalangan segelintir pelajar-pelajar Islam
yang menyatakan :
"Boleh
je kita meniru dalam peperiksaan, kerana sistem peperiksaan adalah ciptaan kaum
Barat, apatah lagi soalan susah sangat, so.. tiada masalah kalau meniru
sekalipun, apa yang kita dapat pun lepas ni hanyalah sijil yang berunsurkan
keduniaan, apa yang penting adalah ilmu di dada, bukan sijil yang menjadi
target dan tujuan utama".
Syeikh
'Atiah Saqar dalam fatwanya ada menyatakan, telah disepakati oleh jumhur Ulama’
bahawa jenis perbuatan meniru,menipu,
memperdaya, memalsu, memanipulasi, mengkhianati adalah perbuatan HARAM
disisi Islam. Ini adalah hukum secara umum atas perbuatan tersebut dan
tergolong mereka dalam perbuatan dosa kerana ianya bukan daripada pengamalan
dan pengajaran Islam.
Perihal
tersebut berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. :
"من غشنا فليس منا "
Maksudnya
: “Sesiapa yang meniru daripada kami (kalangan umat Muhammad) maka mereka
itu bukan daripada kami”.
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Maka
tidak boleh diterima hujah bagi mereka yang menyatakan :
" صعوبة الإمتحان مبرر الغش "
(Susahnya soalan peperiksaan membenarkan alasan untuk meniru).
Ianya
bertentangan dengan konsep Islam kerana islam mengajar umatnya untuk sentiasa
berusaha dan berikhtiar dalam segenap perkara untuk mencari kejayaan dunia dan
akhirat.
Firman
Allah :
" إنا مكنا له في الأرض وآتيناه من كل شيء
سببا فأتبع سببا "
Maksudnya
:“Sesungguhnya Kami telah memberikannya
kedudukan (kehidupan) dibumi, oleh itu kami telah menyediakan jalan (sebab
musabbab untuk mencapai) setiap sesuatu, maka tempuhi ia jalan tersebut (dengan
usaha dan ikhtiar makhluk)”.
(Surah
al-Kahfi : 84-85)
TUJUAN TIDAK MENGHALALKAN CARA
Istilah
dan kaedah " الغاية تبرر الوسيلة " (Tujuan
menghalalkan cara) adalah kaedah fasid (tidak boleh diterima). Bahkan itu
adalah antara modus operandi jahat yang digunakan oleh golongan Zionis (melalui
Protokol Zionis Pertama) sebagaimana penaklukan bumi Palestin walaupun dengan
menyembelih banyak nyawa, merobohkan rumah kediaman awam, membinasakan
tanam-tanaman sesuka hati sejak zaman berzaman. Adapun wasilah kepada kepada
sesuatu tujuan itu hendaklah mengikut syariat dan manual yang telah diajar oleh
Rasulullah s.a.w.
Perbuatan
meniru dalam peperiksaan walau daripada mana car sekalipun dianggap sebagai
satu kerosakan yang dilakukan kepada diri sendiri kerana terabainya amanah yang
perlu ditunai sebaiknya. Setiap individu pelajar ita adalah amanah kepada
keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan Islam itu sendiri.
Firman
Allah :
" إنا عرضنا الأمانة على السماوات والأرض
والجبال فأبين أن يحملنها
وأشفقن
منها وحملها الإنسان إنه كان ظلوما جهولا "
Maksudnya
:“Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah
kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi semuanya enggan untuk memikul
amanah itu kerana takut tidak mampu melaksanakannya, lalu dipikullah amanah itu
oleh manusia, sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan jahil” .
(Surah al-Ahzab : 72)
PEPERIKSAAN SEBAGAI PROSES TAPISAN
Alasan
dan tujuan diperkenalkan peperiksaan dalam system pengajian adalah sebagai
tapisan untuk menilai potensi dan kesungguhan pelajar dalam proses menuntut
ilmu. Lebih-lebih lagi untuk melihat siapakah mereka yang benar-benar
bersungguh mencapai kejayaan disisi Allah.
Firman
Allah :
" أم نجعل الذين آمنوا وعملوا الصالحات
كالمفسدين في الأرض
أم
نجعل المتقين كالفجار "
Maksudnya
: “Patutkah Kami memperlakukan orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan
sama dengan orang yang melakukan kerosakan dimuka bumi? Atau patutkah Kami
menganggap mereka yang bertaqwa sama dengan mereka yang jahat?”
(Surah Sad : 28)
Firman
Allah :
" قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون "
Maksudnya
:“Katakanlah (Muhammad) Adakah sama mereka
yang berilmu dengan mereka yang tidak berilmu?”
(Surah al-Zumar : 9)
ILMU ADALAH CAHAYA ALLAH
Sesungguhnya
ilmu itu adalah cahaya daripada Allah, maka cahaya tidak boleh memberi kesan
kepada hati-hati mereka yang kotor dengan maksiat kepada-Nya sebagaimana
ungkapan Syair yang masyhur daripada Imam Syafie :
“ Aku mengadu kepada Imam Waqie’ tentang
buruknya hafalan aku..
Lalu beliau tunjukkan aku jalan untuk aku
tinggalkan maksiat..
Maka beliau mengkhabarkan padaku bahawa Ilmu
itu adalah cahaya daripada Allah..
Adapun cahaya Allah itu tidak akan dapat
memberi petunjuk kepada
mereka yang lakukan maksiat ”
Maka
sesiapa yang mencari cahaya Allah tersebut hendaklah menelusuri dengan cara
yang betul dan penuh mujahadah (kesungguhan). Justeru itu, Allah akan
memberikan ganjaran yang setimpal atas usaha yang ditunjukkan.
Firman
Allah :
" والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا وإن
الله لمع المحسنين "
Maksudnya
:“Mereka yang bersungguh-sungguh (bermujahadah
mencari Redha Allah), Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami,
sesungguhnya Allah bersama mereka yang berbuat kebaikan”.
(Surah al-Ankabut : 69)
Berbahagialah
bagi mereka yang bersungguh-sungguh dalam usaha mencapai kejayaan.
Ilmu
mampu didalami sebagai intipati ajaran Islam dan sijil mampu digapai sebagai
medium penyampaian dakwah kelak.
Jom
bersama membina kejayaan.
SALAM
IMTIHAN DARIPADA MANHAL PMRAM
Wallahu’alam
Disediakan
oleh :
Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin
Felo MANHAL PMRAM
Sumber : manhal-pmram.blogspot
No comments:
Post a Comment