TERKINI - Pengetahuan & Pendidikan

Monday, August 22, 2011

Somalia Dalam Lekukan Sejarah dan Isu Seputar.


Menurut sejarah, Somalia adalah negara Islam yang bernaung di  bawah pemerintahan Khilafah Turki Uthmaniyah  sebelum dijajah oleh Itali dan Inggeris. Panggilan rasmi mengikut Bahasa Arab  
ialah Jumhuriyyat As-Sumal.



Somalia yang secara rasmi dinamakan Republik Somalia yang  dulunya dikenali sebagai Republik Demokratik Somalia, merupakan  sebuah negara di Tanduk Afrika (Horn of Africa). Ia

bersempadankan Djibouti di barat laut, Kenya di barat daya,  Teluk Aden dengan Yemen ke utara, Lautan Hindi ke timur, dan Ethiopia di barat.

Bahagian utara Somalia, juga dikenali sebagai British Somaliland  kerana pernah dijajah oleh Inggeris mulai tahun 1886, manakala bahagian selatan, yang dipanggil Italian Somaliland kerana  pernah dijajah oleh Itali pada tahun 1889.

Berikutan Perang Dunia Kedua, Inggeris merampas seluruh Somalia  pada tahun 1949. Rakyat Somalia bangkit berjuang menentang  penjajah Inggeris dan Itali dalam suatu pertarungan yang panjang  sehingga British Somaliland mencapai merdeka pada tahun 1960 dan  Italian Somaliland merdeka pada tahun 1965. 

Kerajaan Somalia dipimpin oleh Presiden Abdirashid Ali Shermarke  memerintah sehingga berlaku rampasan kuasa pada tahun 1969 yang  diketuai oleh General Siad Barre and Ketua Polis Jama Korshel.

Walaubagaimanapun, keadaan politik yang tidak stabil ini  berterusan sehingga ke hari ini.

Satu laporan Biro Maritim Antarabangsa (IMB) yang berpengkalan  di Kuala Lumpur mendedahkan pada 2009, perairan di pesisir  Somalia dan Teluk Aden menyaksikan 47 buah kapal dirampas dengan  867 kelasi dijadikan tebusan berbanding 49 di seluruh dunia dan  1052 kelasi ditawan dengan lapan orang dibunuh.

Berlakunya peningkatan serangan lanun Somalia di luar lautan  luasnya adalah menjadi satu perkara banyak berkait dengan  keadaan politik yang sangat huru-hara yang juga membawa kepada  kemunduran di negara Somalia sendiri.

Asas ini juga dibuktikan sebagaimana sejarah Selat Melaka  mengikut cacatan sejarah terdahulu dikenalpasti sebagai perairan  yang paling berbahaya untuk pelayaran.

Serangan lanun di kawasan   mencapai puncaknya pada 1997 bersamaan dengan kegawatan  ekonomi dan pergolakan politik di Indonesia.  Lanun terus  bergiat cergas sehingga 2004 apabila sejumlah 38 serangan  
dicatatkan.

Tetapi serangan lanun itu merudum kepada hanya tujuh  pada 2007 dan dua saja pada 2008.

Sejak tahun 2005 lagi, kehadiran sekurang-kurangnya dua puak  yang bertelagah untuk menjadikan Somalia kacau-bilau dengan  kerajaan, namun hanya mampu berkuasa di sekitar ibu negara  Mogadishu saja.

Keadaan ekonomi yang meleset diburukkan lagi dengan kemarau  panjang mengakibatkan orang Somalia tidak ada pilihan dan  terpaksa melakukan apa saja untuk hidup. 

Mereka yang mendiami di  tepi pantai utara dan timur laut menjadikan kegiatan melanun sebagai mata pencarian bermusim.

Penduduk yang tinggal di pendalaman juga turut merasai  penderitaan yang sama bahkan mungkin lebih teruk dari penduduk  yang tinggal di persisiran pantai. 

Pengaman Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (PBB) cuba untuk turun ke Somalia dan menghulurkan bantuan namun hanya 20 peratus sahaja yang dapat  menerima bantuan.

Kematian disebabkan kelaparan berterusan di bumi Somalia. PBB  mengisytiharkan bahawa angka kematian pada musim kemarau yang  parah ini adalah bernisbah 13 orang pada hari.

Disediakan oleh:

Lajnah (Unit) Kebajikan dan Kemanusiaan
PMRAM 2011.

No comments: