TERKINI - Pengetahuan & Pendidikan

Sunday, February 21, 2010

Jadual & Pengenalan umum kitab-kitab pengajian MIS PMRAM cawangan Zagazig

 

Ahad = Kitab Tuhfatus Saniah (Ustaz Mu'aaz Hasan) - 7:25 pagi
-Kitab ini berkaitan dengan ilmu nahu atau tatabahasa Bahasa Arab. Secara umumnya, kitab ini adalah salah satu kitab yang syarah atau menerangkan serba sedikit kitab Matan Ar-Jumiah. Kitab ini juga adalah kitab asas untuk belajar Bahasa Arab.
Isnin = Matan Jauharah Tauhid (Ustaz Mu'aaz Hasan) - 7:25 pagi
-Kitab ini berkaitan dengan ilmu tauhid atau ilmu kalam. Secara umumnya, kitab ini mempunyai 144 bait atau rangkap yang menerangkan 3 elemen penting ilmun tauhid iaitu Uluhiyat(Ketuhanan), Nabawiyat(Kenabian), dan Sam'iyat(Benda2 Ghaib)
         = Kitab Fiqh Mar'ah (Ustaz Salman Maskuri) - 8:25 malam
-Kitab ini berkaitan dengan ilmu fiqh yang menerangkan permasalahan wanita secara khususnya. Sebagai contoh; permasalahan ketika didatangi haid, bolehkah wanita tersebut belajar al-quran?
         = Kitab Fatawa Tibbiah Mu'asirah (Ustaz Salman Maskuri) - 8:25 malam
-Kitab ini berkaitan dengan ilmu fiqh yang menerangkan ilmu perubatan secara khususnya. Sebagai contoh; kaedah merawat pesakit mengikut prinsip syariat islam.
Selasa = Kitab Kifayah Al-'Awam (Ustaz Shukri Latif) - 6:25 malam
-Kitab ini berkaitan dengan ilmu tauhid atau ilmu kalam. Secara khususnya, kitab ini menerngkan 20 sifat wajib dan mustahil bagi Allah serta 1 sifat harus baginya dan juga 4 sifat wajib dan mustahil bagi nabi dan rasul serta 1 sifat harus bagi mereka.
Rabu = Qiraat Wa Tajwid (Ustaz Mukhlis) - 6:25 malam
-Kitab ini berkaitan dengan ilmu bacaan dan jenis-jenis membaca al-quran. Disamping itu juga, mempelajari ilmu tajwid di dalam al-quran.
Khamis = Fiqh Sirah (Ustaz Hadiuddin) - 7:25 pagi
-Kitab ini berkaitan dengan sirah atau sejarah nabi.
Sabtu = At-Tibyan (Ustaz Azrul Ismail)- 7:25 pagi
-Kitab ini berkaitan dengan adab2 berdamping bersama al-quran. Sebagai contoh; bagaimana meninggikan martabat al-quran.

     p/s: Sebarang pindaan jadual akan dimaklum nanti.


No comments: