TERKINI - Pengetahuan & Pendidikan
Tuesday, April 27, 2010
Forum Pendidikan Gegar Imtihan '10
Kaherah, 27hb April 2010. Assalamualaikum w.b.t. Dijemput semua sahabat-sahabat untuk sama-sama memeriahkan FORUM PENDIDIKAN GEGAR IMTIHAN '10 bertemakan "KECEMERLANGAN MAHASISWA KEBANGGAAN UMMAH" Tempat : Rumah Selangor Hayyu 10, Tarikh : 28hb April 2010M , Bersamaan : 14hb Jamadil awal 1431H, Hari : Rabu, Masa : Selepas Maghrib, PENGERUSI FORUM : Us. Majdi Bin Zakaria, Panel 1 : Ustazah Aimi Binti Suyat (Ahli Lembaga Penasihat BKASM), Panel 2 : Us. Muhammad Hanif Bin Jamaluddin (Pengerusi Zagazig), Panel 3 : Us. Basir Bin Mohamed (YDP Johor), Panel 4 : Us. Fikri Bin Hamzah (YDP Pahang) * Terbuka kepada semua * Semua dijemput hadir..
Result Imtihan bagi Mahasiswa/wi DPMZ sesi 2008/2009
Untuk paparan lebih jelas, klik image ini.
Secara keseluruhan, peratusan keputusan peperiksaan bagi mahasiswa/wi DPMZ sesi 2008/2009 meningkat. Pecahan mengikut pengajian islam dan perubatan seperti berikut:
1) Pengajian Islam : Lulus=93 orang (56.36%)
Gagal=72 orang (43.64%)
Jumlah=165 orang (100%)
2) Perubatan : Lulus=191 orang (98.96%)
Gagal=2 orang (1.04%)
Jumlah=193 orang (100%)
3) Keseluruhan Mahasiswa/wi DPMZ : Lulus=284 orang (79.33%)
Gagal=74 orang (20.67%)
Jumlah=358 orang (100%)
Thursday, April 8, 2010
Kempen MUMTAZ 100%
-untuk paparan lebih jelas, klik image ini-
Kempen 'MUMTAZ 100%' ini mengajak anda semua bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang dengan mencapai keputusan MUMTAZ 100%... InsyaAllah, amin ya rab.
Ayuh ke Kuliah!!!
Daripada Unit Pengetahuan & Pendidikan Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig sesi ini telah menganjurkan kempen 'Ayuh ke Kuliah' bagi fasa kedua. InsyaAllah dengan adanya kempen ini menyababkan sahabat & sahabiah sekalian bersemangat untuk pergi ke kuliah & belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan di dunia & di akhirat. Ayuh ke kuliah!!!
Monday, March 22, 2010
Friday, February 26, 2010
Program PMRAM : Muhadharah Ilmiah Bersama Masyaikh Al-Azhar
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir, di bawah Badan dan Unit Pengetahuan Dan Penyelidikan PMRAM 2009, sekali lagi akan menganjurkan Muhadharah Ilmiah Sempena Sambutan Maulidur Rasul Bersama Masyaikh Azhar. Majlis yang akan diadakan pada 27 Februari 2010, bersamaan dengan 14 Rabiul Awwal 1431H itu, akan bermula pada jam 5 petang. Muhadharah tersebut akan diadakan di Dewan Darul Ehsan, Asrama Pelajar Selangor, Hayyu 'Asyir, Kaherah.
Subscribe to:
Posts (Atom)








