ZAGAZIG, 9 Februari 2014 - PMRAM Cawangan Zagazig membuka kembali tirai 'Madrasah Imam Syafie' selepas selesai solat Isyak di masjid Salam setelah ditangguhkan atas faktor peperiksaan. Kebajikan ahli dari sudut Thaqafah tidak akan diabaikan sama sekali, dan akan diteruskan bagi memantapkan akidah, ibadah dan akhlak warga Malaysia khususnya yang berada di Bumi Zagazig. Antara pengajian yang berjalan pada hari berkenaan adalah Fiqh Syafie yang disampaikan AF Ust Solihuddin Bin Mohd Jahar.
Antara tajuk khusus yang dibentangkan adalah berkenaan syarat solat berjemaah mengikut pandangan Mazhab Imam As-Syafie. Banyak persoalan yang dikemukakan oleh hadirin dan hadirat yang hadir pada majlis ilmu tersebut dan respon pengisi kepada persoalan berkenaan turut memberi pencerahan di dalam ibadah yang sebenar. Pengisi turut menekan agar tidak bermudah di dalam ibadah agar ibadah lebih terjaga dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Semoga perjalanan Madrasah Imam Syafie ini akan dipermudahkan di dalam kita menuntut ilmu agama yang menjadi kekuatan umat Islam menepis anasir-anasir luar yang cuba memberi kecelaruan di dalam keutamaan menuntut ilmu. Semoga prinsip agama warga Malaysia di Zagazig akan menjadi kuat dan menyebarkan ilmu ini di semua peringkat.
"MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"
No comments:
Post a Comment