TERKINI - Pengetahuan & Pendidikan

Friday, February 26, 2010

Program PMRAM : Muhadharah Ilmiah Bersama Masyaikh Al-Azhar


Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir, di bawah Badan dan Unit Pengetahuan Dan Penyelidikan PMRAM 2009, sekali lagi akan menganjurkan Muhadharah Ilmiah Sempena Sambutan Maulidur Rasul Bersama Masyaikh Azhar. Majlis yang akan diadakan pada 27 Februari 2010, bersamaan dengan 14 Rabiul Awwal 1431H itu, akan bermula pada jam 5 petang. Muhadharah tersebut akan diadakan di Dewan Darul Ehsan, Asrama Pelajar Selangor, Hayyu 'Asyir, Kaherah.
Antara masyaikh yang akan hadir dalam majlis tersebut ialah Syeikh Jamal Faruq Al-Daqqaq Al-Hasani, Syeikh Fathi Abdul Rahman Al-Hijazi, Syeikh Wusam Khadhar dan Syeikh Usamah Sayyid Al-Azhari. Dalam majlis tersebut, akan diadakan juga alunan bacaan burdah dan juga bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dengan menggunakan cara qiraat sab'ah, yang akan diperdengarkan oleh mahasiswa dari Maahad Qiraat Shoubra.
Untuk sebarang maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Ketua Badan Pengetahuan Dan Penyelidikan PMRAM, Saudara Mohd Farkhan bin Md Zain di talian +20142900215 atau Ketua Unit Pengetahuan Dan Penyelidikan HEWI PMRAM, Saudari Hurriyyah binti Abdul Mokhti di talian +20119364282 atau Pengarah Program Majlis Sambutan Maulidur Rasul, Saudara Syiekh Mujahid bin Sikh Nawi di talian +20117402891. Marilah sama-sama kita meramaikan majlis tersebut dan semua warga Malaysia di bumi Mesir ini dijemput hadir.
 

No comments: