Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir, di bawah Badan dan Unit Pengetahuan Dan Penyelidikan PMRAM 2009, sekali lagi akan menganjurkan Muhadharah Ilmiah Sempena Sambutan Maulidur Rasul Bersama Masyaikh Azhar. Majlis yang akan diadakan pada 27 Februari 2010, bersamaan dengan 14 Rabiul Awwal 1431H itu, akan bermula pada jam 5 petang. Muhadharah tersebut akan diadakan di Dewan Darul Ehsan, Asrama Pelajar Selangor, Hayyu 'Asyir, Kaherah.
TERKINI - Pengetahuan & Pendidikan
Friday, February 26, 2010
Sunday, February 21, 2010
Jadual & Pengenalan umum kitab-kitab pengajian MIS PMRAM cawangan Zagazig
Ahad = Kitab Tuhfatus Saniah (Ustaz Mu'aaz Hasan) - 7:25 pagi
-Kitab ini berkaitan dengan ilmu nahu atau tatabahasa Bahasa Arab. Secara umumnya, kitab ini adalah salah satu kitab yang syarah atau menerangkan serba sedikit kitab Matan Ar-Jumiah. Kitab ini juga adalah kitab asas untuk belajar Bahasa Arab.
Isnin = Matan Jauharah Tauhid (Ustaz Mu'aaz Hasan) - 7:25 pagi
-Kitab ini berkaitan dengan ilmu tauhid atau ilmu kalam. Secara umumnya, kitab ini mempunyai 144 bait atau rangkap yang menerangkan 3 elemen penting ilmun tauhid iaitu Uluhiyat(Ketuhanan), Nabawiyat(Kenabian), dan Sam'iyat(Benda2 Ghaib)
= Kitab Fiqh Mar'ah (Ustaz Salman Maskuri) - 8:25 malam
-Kitab ini berkaitan dengan ilmu fiqh yang menerangkan permasalahan wanita secara khususnya. Sebagai contoh; permasalahan ketika didatangi haid, bolehkah wanita tersebut belajar al-quran?
= Kitab Fatawa Tibbiah Mu'asirah (Ustaz Salman Maskuri) - 8:25 malam
-Kitab ini berkaitan dengan ilmu fiqh yang menerangkan ilmu perubatan secara khususnya. Sebagai contoh; kaedah merawat pesakit mengikut prinsip syariat islam.
Selasa = Kitab Kifayah Al-'Awam (Ustaz Shukri Latif) - 6:25 malam
-Kitab ini berkaitan dengan ilmu tauhid atau ilmu kalam. Secara khususnya, kitab ini menerngkan 20 sifat wajib dan mustahil bagi Allah serta 1 sifat harus baginya dan juga 4 sifat wajib dan mustahil bagi nabi dan rasul serta 1 sifat harus bagi mereka.
Rabu = Qiraat Wa Tajwid (Ustaz Mukhlis) - 6:25 malam
-Kitab ini berkaitan dengan ilmu bacaan dan jenis-jenis membaca al-quran. Disamping itu juga, mempelajari ilmu tajwid di dalam al-quran.
Khamis = Fiqh Sirah (Ustaz Hadiuddin) - 7:25 pagi
-Kitab ini berkaitan dengan sirah atau sejarah nabi.
Sabtu = At-Tibyan (Ustaz Azrul Ismail)- 7:25 pagi
-Kitab ini berkaitan dengan adab2 berdamping bersama al-quran. Sebagai contoh; bagaimana meninggikan martabat al-quran.
p/s: Sebarang pindaan jadual akan dimaklum nanti.
Friday, February 19, 2010
Kempen Sentiasa Bersama Buku
Bersempena bulan membaca DPMZ 2010, kami menyarankan kepada seluruh ahli DPMZ agar membawa buku atau kitab bersama-sama anda dimana sahaja anda berada. Marilah sama-sama kita menjayakan kempen ini agar dapat kita memartabatkan biah thaqofi di bumi Zagazig ini.
Dapatkan promosi harga rendah di Dewan baru DPMZ
bermula 20/2/2010 - 14/3/2010
Thursday, February 18, 2010
Bulan Membaca DPMZ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. " Al-Alaq 1-5
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. " Al-Alaq 1-5
Dengan keizinan Allah swt Insyallah bermula pada tanggal 16 februari sehingga 14 mac 2010, Unit Pengetahuan dan Pendidikan akan menganjurkan bulan membaca diperingkat Zagazig. Diantara objektif diadakan bulan membaca ini adalah bertujuan meningkatkan senstiviti ahli DPMZ terhadap kepentingan mambaca bertepatan dengan ayat yang pertama diturunkan oleh Allah swt kepada junjungan besar nabi kita Muhammad saw yang menekankan akan kepentingan membaca.
Antara aktivit yang dijalankan bagi merialisasikan kemben bulan membaca ini adalah seperti berikut :
- Jualan harga promosi buku ( Boleh dapat di Dewan dar Wehdah bermula 20/2 - 14/3 )
- Kempen " Bersama buku dimana sahaja anda berada "
- Borang bancian bacaan setiap ahli.
- Kuiz membaca.
- Pameran Buku.
- Wallpaper dastop khas bulan membaca.
- Buku-buku juga manuskrip lama berbentuk eloktronik untuk dimiliki
serta pelbagai lagi aktiviti yang menarik yang cuba diberikan Insyallah.. Kami mengharapkan semoga kempen bulan membaca ini dapat meningkat semangat membaca didalam diri setiap mahaisiswa/wi Islam di bumi Zagazig ini Insyallah...
Rabbuna Yusahhil amin ya rob....
Tuesday, February 9, 2010
Madrasah Imam Syafie Kembali Menemui Anda ......
Berita baik untuk seluruh ahli DPMZ yang mencintai ilmu.Madrasah Imam Syafie (MIS 2010) akan dibuka semula dengan Majlis Pembukaan pada 16 Febuari 2010/2 Rabiul Awal 1431 dio Dewan DPMZ baru pada jam 6.30 malam.Kitabnya ialah Kifayah Al-Awam (Tauhid) dan akan disampaikan oleh Ustaz Shukri Latif.Anda semua dijemput hadir.Kitab disediakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)