TERKINI - Pengetahuan & Pendidikan

Thursday, July 19, 2012

Anak Bulan Ramadhan : Antara Keselarasan Dan Perbezaan Bagi Negara Islam



Cara Menetapkan Anak Bulan Ramadhan

Kewajipan puasa ke atas umat Islam bermula pada tahun 2 Hijrah. Nabi Muhammad SAW melakukannya ibadah puasa di bulan Ramadhan sebanyak 9 kali sebelum wafat pada tahun ke-11 Hijrah iaitu 11 Rabiulawal.[1]

Saturday, July 7, 2012

Hukum Tidak Melaksanakan Hudud Dan Non-Muslim Yang Menghalang Perlaksanaan Hudud


Hudud

Hudud dari sudut bahasa ialah sempadan, batasan atau larangan. Sehubungan itu istilah hudud adalah luas, kesemua yang disuruh serta larangan dalam Islam merupakan hudud Allah SWT iaitu batasan yang manusia tidak boleh melampaui serta mencerobohnya. Disebabkan itu mereka yang tidak mengikut batasan-batasan dalam Islam disebut sebagai orang yang melampaui batas. Firman Allah SWT yang bermaksud :

 “Demikianlah hudud (yang dinyatakan oleh) Allah maka jangan kamu melampauinya.”  - Surah Al-Baqarah : 229