TERKINI - Pengetahuan & Pendidikan

Wednesday, September 24, 2008

SOALAN KUIZ INJEKSI RAMADHAN ( SIRI 10)

10) Kalau kita ke tempat yang lebih awal berpuasa mereka berhari raya kita belum cukup lagi puasa. Adakah boleh berbuka?

a) Tidak boleh berbuka dan berhari raya
b) Wajib berbuka puasa, berhari raya dan wajib mengqada'kannya.
c) terpulang kepada individu terbabit untuk berhari raya atau berpuasa
d) Haram berpuasa

Tuesday, September 23, 2008

SOALAN KUIZ INJEKSI RAMADHAN ( SIRI 9)

9) Soalan: Saya berpuasa di Mekah lebih awal satu hari dari mereka berpuasa di Malaysia. Apabila saya balik, puasa saya sudah cukup 30 hari dan orang Malaysia masih berpuasa lagi. Adakah boleh saya berbuka dan berhari raya.

a) Boleh berbuka tetapi tidak boleh berhari raya
b) Tidak perlu berpuasa, cuma tunggu hari raya sahaja
c) Terpulang kepada individu terbabit untuk mengikut hari di Mekah atau Malaysia
d) Hendaklah tunggu bersama berbuka dan berhari raya dengan penduduk Malaysia.

Monday, September 22, 2008

SOALAN KUIZ INJEKSI RAMADHAN ( SIRI 8)

8) Apakah hukum bagi mereka yang berpuasa melakukan maksiat seperti tidak solat :

a) Terbatal puasanya
b) Tidak merosakkan puasanya
c) Wajib keatasnya kifarat
d) Wajib qadha’sahaja

Sunday, September 21, 2008

SOALAN KUIZ INJEKSI RAMADHAN ( SIRI 7)

7) Apakah hukum bagi wanita yang berpuasa mencicipi makanan untuk mengetahui rasanya dan mengetahui panasnya untuk disuapkan pada bayinya, selama makanan tersebut tidak masuk ke dalam kerongkongannya (ditelan?

a) Terbatal puasanya
b) Tidak merosakkan puasanya
c) Wajib keatasnya kifarat
d) Wajib qadha’ sahaja

Saturday, September 20, 2008

SOALAN KUIZ INJEKSI RAMADHAN ( SIRI 6)

6 ) Berikut adalah syarat wajib puasa Ramadhan kecuali?

a) Islam

b) Berakal

c) Baligh

d) Tidak berhaid

Friday, September 19, 2008

SOALAN KUIZ INJEKSI RAMADHAN ( SIRI 5)

5) Siapakah remaja di pihak tentera Islam yang berumur 16 tahun keluar berperang secara senyap-senyap kerana takut diketahui oleh Rasulullah s.a.w. dalam perang badar?

a) Ali Bin Abi Thalib
b) Abu Sufian
c) Saad Bin Muaz
d) Umairf bin Abi Waqas

Thursday, September 18, 2008

SOALAN KUIZ INJEKSI RAMADHAN ( SIRI 4)

4) Bilakah berlaku peristiwa perang badar?

a) 17 Ramadhan (Tahun ketiga hijrah)
b) 17 Ramadhan (Tahun kedua hijrah)
c) 17 Ramadhan (Tahun pertama hijrah)
d) 17 Ramadhan (Setahun sebelum hijrah)

Wednesday, September 17, 2008

SOALAN KUIZ INJEKSI RAMADHAN ( SIRI 3)

3) Bilakah sejarah disyariatkan berpuasa?

a) 2 Tahun sebelum hijrah

b) Setahun sebelum hijrah

c) Tahun kedua hijrah

d) Tahun pertama hijrah

Tuesday, September 16, 2008

SOALAN KUIZ INJEKSI RAMADHAN ( SIRI 2 )

2 )Nyatakan kifarat bagi mereka yang melakukan Jima’ (bersetubuh) di siang hari Ramadhan, mengikut turutan yang telah ditetapkan oleh syarak:

a) Beri makan 60 orang miskin – puasa 2 bulan berturut-turut – membebaskan hamba

b) Beri makan 60 orang miskin – puasa 2 bulan berturut-turut

c) Membebaskan hamba – puasa 2 bulan berturut-turut - beri makan 60 orang miskin

d) membebaskan hamba - puasa 2 bulan berturut-turut

Monday, September 15, 2008

SOALAN KUIZ INJEKSI RAMADHAN ( SIRI 1 )

1 )Nama syurga yang dikurniakan kepada mereka yang berpuasa ialah:

a) Firdaus

b) Ar-rayyan

c) Naim

d) Ma’wa